WUJUD

ALLAH WAJIB ADA
     Sifat pertama yg wajib bagi Allah SWT ialah wujud ertinya 'ada'. Sifat ini wajib dipelajari, difahami & diyakini. Allah SWT itu wajib & wujud. Adanya Allah Taala itu dgn sendirinya. Tiada permulaan & tiada kesudahan. Manusia jgk ada, tetapi adanya manusia bukan dgn sendirinya. manusia ada permulaan iaitu " ibu yg melahirkan." Manusia ada kesudahan iaitu " mati ".
     Tiada sebarang keraguan tentang kewujudan Allah. Haram mempertikaikan kewujudan Allah & kafir bg mereka yg menolak kewujudan Allah. Lantaran itu, menyakini kewujudan Allah merupakan asas Iman & iainya merupakan rukun iman yg pertama.

1. Wajib Pada Akal
    Wajib pada akal iailah mehukumkan sesuatu dgn bersandar kepada perbahasan akal fikiran, dalil serta bukti atas ketetapan hukum itu. Ini dinamakan wajib " akal nazari ", iaitu khusus kita lakukan utk menghukum sifat2 yg wajib pada Allah SWT dgn perbahasan yg mempunyai dalil & bukti
     Wajib " akan nazari " berbeza dgn wajib " akal daruri " ( menghukumkan sesuatu itu tanpa perlu mendatangkan dalil & bukti melalui perbahasan seperti menghukum 1 itu separuh drpada 2 ).
     Maka, wajib yg kita maksudkan pada sikap wujud bg Allah ini ialah wajib ada kerana ia wajib pada akal. Maknanya, tidak akan diterima akal bahawa zat Allah itu tidak ada.

2. Wajib Pada Zat
     Hakikatnya zat Allah SWT itu wajib ada. Ia tetap ada & benar serta wajib bg kita menyakini adanya zat Allah SWT. Keyakinan kita tidak boleh tergelincir kerana kalau kita disulami dgn salah satu sebab yg menggoyang keyakinan sama ada syak., dzan atau waham, maka tergelincirlah aqidah kita. Jika aqidah kita tergelincir, maka sesatlah kita.
     Adanya zat Allah SWT itu, tidak ada yg menjdikanNya. Ini adalah khusus bg zat Allah SWT. Tidak seperti bg benda lain seperti makhluk dan alam ini.
      Bukan shj adanya Allah SWT itu tidak ada siapa yg menjdikanNya, malah wujudnya zat Allah SWT itu bukan disbbkan sesuatu sebab. Ertinya, ada @ wujudnya zat Allah SWT itu tidak bersebab, tidak seperti makhluk atau alam ini yg ada dgn bersebab.
_______________________________________________

Dari petikan di atas, saya mendapati bahawa tiada sebarang keraguan tentang kewujudan Allah \. Haram mempertikaikan kewujudan Allah SWT dan kafir bagi mereka yang menolak kewujudan Allah

COPY FROM : ABD RAHMAN ABD MAJEED
( Wan Nur Alia )