5 Cara Berubah Ke Arah Yang Lebih Baik

Assalamualaikum dan salam sejahtera. 

Dalam kehidupan ini kita memang perlu sentiasa memberikan peringatan kepada orang lain untuk berubah daripada keburukan kepada kebaikan. Itu sememangnya menjadi tanggungjawab kita sebagai seorang muslim untuk saling nasihat menasihati kepada saudara kita yang lain. Kalau masing-masing bersikap pentingkan diri sendiri tidak mahu mengambil tahu hal orang lain maka akan rugilah bagi orang yang melakukan sedemikian.

Kita perlu sentiasa mengubah diri kita sendiri untuk menjadi lebih baik dari sebelumnya. Tidak susah untuk melakukan berubah jika ia dilakukan dengan cara yang betul. Memang semua orang tidak sempurna tapi sekurang-kurang kita perlu berusaha untuk berubah ke arah yang lebih baik.

1) Mulalah dengan mengubah diri sendiri supaya anda menjadi lebih yakin dengan diri anda sendiri. Orang lain juga akan lebih yakin dengan diri anda. Ini kerana mana mungkin jika anda mahu mengajak orang lain untuk berubah sedangkan diri anda sendiri masih berada pada takuk yang lama. Nanti orang akan cakap yang anda ni seorang yang cakap tidak serupa bikin. Cakap pandai tapi buat sendiri tak pandai.

2) Mula melakukan perubahan secara perlahan-lahan dahulu. Tidak dinafikan sememangnya sukar untuk terus berubah dalam masa yang singkat atau dalam tempoh sekelip mata saja. Jika ia dilakukan secara perlahan-lahan, dengan izin Allah anda akan dapat berubah seperti apa yang anda inginkan. Walaupun perlahan, anda akan dapat mengalami perubahan yang besar dalam diri anda.

3) Lakukan perubahan pada masa sekarang juga. Jangan bertangguh untuk tempoh yang lebih lama lagi. Ini kerana semakin lama anda bertangguh untuk berubah maka ia akan menjadi semakin melarat dan semakin susah untuk melakukannya. Perkara yang kecil akan jadi lebih besar jika ianya terus dibiarkan. Jadi, ambillah masa yang ada sekarang untuk berubah dan mendapat hasil yang baik pada masa akan datang.

4) Berusaha untuk berubah dengan niat yang ikhlas dan lakukannya dengan bersungguh-sungguh. Anda perlu memaksa diri anda untuk berubah dengan sepenuh hati. Jika diri anda tidak dipaksa anda seolah-olah memanjakan diri anda untuk berubah. Nafsu anda juga akan menjadi semakin degil jika tidak dipaksa. Kawal nafsu anda dan jangan biarkan nafsu yang mengawal diri anda.

5) Apabila anda telah berjaya melakukan perubahan dalam diri anda maka anda perlu mengulangi perubahan tersebut sehingga ia akan menjadi sebati dengan diri anda. Jika perubahan itu hanya dibiarkan begitu sahaja, anda hanya akan berjaya untuk berubah seketika sahaja dan selepas itu anda akan kembali kepada takuk yang lama. Oleh itu, jangan sia-siakan perubahan yang telah anda lakukan. Anda perlu sentiasa melakukannya.

Sebagai kesimpulan, anda perlu berubah untuk menjadi orang yang lebih baik kerana ia adalah sangat dituntut dalam islam. Tapi jangan pula anda berubah kerana disebabkan oleh orang lain. Anda perlu ikhlas untuk berubah demi kebaikan diri anda sendiri juga. Selepas itu bolehlah anda mengajak orang lain pula untuk berubah seperti anda. Jika ia dilakukan dengan niat dan cara yang betul, insyaallah orang lain akan dapat berubah seperti yang anda harapkan. Anda juga akan mendapat ganjaran pahala jika anda berjaya mengajak orang lain berubah ke arah yang lebih baik.

Sumber artikel : http://www.layarsukses.com/motivasi/...ng-lebih-baik/



(UMI SYUHADA)