Tahukah anda bahawa Anafilaksis adalah reaksi alahan yang amat teruk, pantas dan berlaku apabila sesseorang itu terdedah kepada bahan yang menyebabkan Alergen.
Apabila Alergen memsuki salur darah, tubuh mengeluarkan bahan kimia untuk melindungi diri. Bahan kimia ini boleh menyebabkan simptom yang bahaya seperti :
*Bengkak pada bahagian tekak dan mulut.
*Kesukaran untuk menelan atau bercakap
*Kesukaran untuk bernafas akibat asma atau tekak membengkak.
*Ruam di sekeliling tubuh terutamanya ruam yang besar.
*Tompok kemerah-merahan pada kulit.
*Kekejangan pada perut, loya dan muntah-muntah.
*Rasa Lemah secara tiba-tiba.(Tekanan darah rendah / jatuh)
* Rasa seperti hendak pitam dan tidak sedarkan diri.
Penyebabnya
Sistem imun manusia menghasilkan antibodi yang melindugi terhadap bahan asing.Perkara ini amat baik apabila bahan asing ini amat berbahaya. Tetapi sesetengah sistem imun manusia mempunyai reaksi berlebihan kepada bahan yang tidak seharusnya mencetuskan reaksi alahan teruk.
Tetapi bagi sesetengah orang, reaksi alahan teruk boleh membawa kepada anafilaksis.
Sejumlah alergen yang boleh mencetus anafilaksis bergantung pada alahan yang dialami. Pencetus biasa anafilaksis termaksuklah:
*Ubatan tertentu terutamanya penisilin.
*Makanan seperti kekacang, ikan, kerang-kerangan, susu dan telur.
*Sengatan serangga seperti lebah, tebuan, semut api dan kerengga.
Rawatan dan ubat-ubatan
Semasa serangan anafilaksi, CPR akan dilakukan jika anda berhenti bernafas atau jantung anda berhenti berdenyut. Anda juga mungkin diberikan ubat-ubatan lain termasuklah:
*Epinephrine bagi mengurangkan tindak balas tubuh terhadap alahan.
*Oksigen bagi membantu kesukaran bernafas.
*Antihistamin dan Kortison yang dimasukkan secara intravena bagi mengurangkan radang pada saluran udara sekali gus memperbaiki pernafasan.
*Beta Agonis bagi melegakan symptom-simptom bernafas.
*Ubatan Steroid bagi merawat atau mencegah simptom-simptom anafilaksis yang panjang.
Bagaimana Anafilaksis sebabkan kematian
Anafilaksis berupaya menjejaskan pelbagai sistem organ termasuk kulit, salur pernafasan, sistem jantung, mata, rahim, dan pundi kencing. Jika tidak mendapat rawatan segera, apabila anafilaksis terjadi, salur darah akan mengecut dan seseorang itu berasa sesak nafas dan akhirnya membawa kematian.
Cara cegah serangan
Cara terbaik bagi mencegah anafilaksis adalah mengelak bahan penyebab reaksi teruk ini. Ikutilah langkah-langkah berikut:
*Pakai rantai atau gelang yang menunjukkan diri mempunyai alahan kepada ubat-ubatan tertentu.
*Beritahu doktor berkenaan ubat alahan yang sedang diambil sebelum melakukan sebarang rawatan perubatan. Jika anda menerima suntikan akibat alahan, selalu pastikan untuk menunggu lebih kurang 30 minit sebelum meninggalkan klinik. Ini adalah penting agar anda menerima rawatan segera jika mengalami reaksi teruk berikutan suntikan alahan.
*Pastikan anda menyimpan peti kecemasan yang mengandungi ubat alahan sepanjang masa.
*Jika diri mempunyai alahan makanan tertentu, bacalah label makanan yang anda beli dengan berhati-hati. Jika makan diluar, bertanyalah pada penyedia makanan mengenai bahan-bahan yang terdapat dalam makanan yang dipesan.
(UMI SYUHADA)