khasiat buah oren

Khasiat Buah Oren
Adakah kita tergolong dalam golongan individu yang mudah dijangkiti penyakit? Mudah demam, mudah selsema dan pelbagai lagi? Jika benar, maka kita tergolong dalam golongan individu yang mempunyai kadar antibodi yang rendah dalam badan.
Antibodi diibaratkan sistem pertahanan dalam badan. Ini kerana sel-sel antibodi dapat membantu kita mengurangkan kadar untuk menerima sebarang jangkitan atau penyakit. Justeru itu, kita perlu tahu bagaimana untuk meningkatkan antibodi dalam tubuh badan kita.

Makan Buah Oren Setiap Hari

Menurut Dr. Bill Sears, pakar psikologi dan profesor di University of California, beliau menyatakan pengambilan buah oren setiap hari, dapat membantu meningkatkan kadar antibodi dalam badan.
Ini kerana buah oren mempunyai vitamin C. Vitamin C dapat membantu mempercepatkan produksi antibodi dalam badan. Selain itu, ia juga dapat memberhentikan virus-virus penyakit dan jangkitan, daripada memasuki tubuh badan kita.
Tambah Dr. Bill, buah oren juga merupakan makanan yang berkhasiat, dan antara makanan yang terbaik untuk mempercepatkan produksi antibodi selain daripada daging turki, dan salmon.

Antara Suplemen dan Buah-Buahan – Mana Lebih Baik?

Bagi kalian yang bertanyakan soalan seperti di atas, jawapannya sudah tentu buah-buah, khususnya buah yang segar. Namun kita perlu fikir kemampuan kita untuk mengambil buah-buahan segar setiap hari.
Adakah kita mampu meluangkan masa 10 minit untuk makan buah-buahan setiap hari?
Adakah kita mempunyai masa untuk membeli buah-buahan segar di pasar?
Jika kita tidak mempunyai kelapangan masa untuk berbuat demikian, maka kita wajar mengambil suplemen. Pastikan kita mendapatkan maklumat suplemen yang ingin diambil sebelum melakukan pembelian.
Ini bagi mengelakkan daripada terjurumus dalam isu produk tidak halal dan membahayakan tubuh badan.
Semoga perkongsian entri ini bermanfaat untuk kita semua. Sekiranya tuan dan puan ingin berkongsi kepada rakan yang lain, klik sahaja pada button ‘Facebook Like’ seperti yang tertera, atau klik pada butang ‘Share’.
Mohon berikan sebarang komen menerusi ruangan yang disediakan di bawah. Saya akan cuba jawab dengan seberapa segera.

maka, kita perlulah mengambil buah oren demi kesejahteraan hidup dan meningkatkan antibodi kita. janganlah kita memakan makanan yang tidak berkhasiat :D

copyright form http://www.blogkesihatan.com/khasiat-buah-oren-dan-kepentingan-antibodi-untuk-tubuh-badan-kita
typewriter natt zamree