Punca Penyakit Kronik dan Langkah Uuntuk Mengatasinya


Penyakit jantung merupakan pembunuh utama rakyat Malaysia..Banyak rakyat Malaysia juga mati akibat penyakit kanser dan kerosakan buah pinggang. Memang terdapat pelbagai punca yang mencetuskan penyakit ini. Lantaran itu, langkah-langkah pencegahan awal perlu diambil.


    Amalan merokok dan ketagihan arak merupakan punca utama berlakunya penyakit yang serius. Asap rokok mengandungi campuran 4000 jenis bahan kimia termasuk nikotin dan tar.Nikotin akan menambah mendapan lemak pada arteri koronari jantung. Hal ini menyebabkan saluran arteri tersumbat dan mengakibatkan sakit jantung. Kanser paru-paru juga berpunca daripada asap rokok. Arak pula mengandungi kafein. Bahan-bahan kimia dalam rokok dan arak itu menyebabkan kanser hati dan penyakit jantung seperti aterosklerosis dan angina.

    Amalan pemakanan yang tidak sihat turut merupakan puncanya. Sesetengah orang mengamalkan tabiat makanan yang negatif. Mereka hanya mengambil makanan tertentu sahaja malah ada yang makan makanan tertentu secara berlebihan. Makanan bersalai dan makanan yang digoreng mencetuskan kanser usus.Kandungan kolesterol yang tinggi mencetuskan penyakit jantung. Makanan berkandungan gula yang tinggi mencetuskan penyakit kencing manis dan darah tinggi. Pengambilan makanan yang berlebihan dan lemak tinggi menyebabkan kegendutan. Hal ini membebankan jantung untuk mengepam darah ke seluruh badan selanjutnya mencetuskan penyakit jantung.

     Tekanan hidup juga merupakan punca penyakit yang serius.Golongan pemarah, pantang  kalah dan mahu berjaya dalam semua hal akan sentiasa cemas. Kegagalan dalam hidup, tekanan keluarga dan tekanan kerja juga mendatangkan kesan kepada jantung mereka.Tekanan hidup menyebabkan pergolakan emosi. Selanjutnya, kekecewaan akan menyebabkan kemurungan. Keseimbangan hormon badan akan terjejas.Lama-kelamaan, hal ini menyebabkan penyakit yang serius seperti sakit jantung dan barah.

     Senaman merupakan langkah yang bijak bagi mengelakkan penyakit yang serius. Seseorang harus menjalani senaman dengan kerap. Simpanan lemak akan digunakan untuk menjana tenaga ketika bersenam.Oleh itu, lemak dan kolesterol tidak akan termendap dalam arteri koronari jantung. Kita juga tidak mudah menghidap penyakit jantung. Senaman juga meringankan tekanan darah dan mengurangkan berat badan. Hal ini meningkatkan daya tahan penyakit seseorang. Maka terhindarlah penyakit yang serius.

     Demi mengatasi masalah ini, amalan pemakanan yang betul juga penting. Kita harus mengurangkan pengambilan makanan berkandungan lemak dan kolesterol yang tinggi. Kita juga perlu mengurangkan pengambilan gula dan garam. Kita sepatutnya tidak menggunakan minyak masak yang telah digunakan. Kita seharusnya makan daging putih atau daging yang telah dibuang lemaknya. Masak makanan dengan cara merebusnya atau mengukusnya daripada menggorengnya.Penganmbilan sayuran dan buah-buahan yang segar digalakkan. Kita juga perlu menjauhi rokok dan arak sama sekali.

     Penyakit yang serius pasti mendatangkan penderitaan kepada diri pesakit dan keluarganya. Oleh itu, kita perlulah menghindarinya. Tabiat hidup yang sihat dan positif amat penting dalam hal ini.


(UMI SYUHADA)