Strategi Menurunkan Berat Badan 5 Kilogram Dalam Masa 4 Minggu

Menurunkan Berat Badan Dalam Masa 4 Minggu
Dave Nuku, salah seorang jurulatih bertauliah Fitness First Asia menyatakan, sebuah program yang diberi nama The Lose It! telah dibangunkan, bagi membantu orang ramai untuk menurunkan berat badan dengan cara yang lebih efektif.
Beliau juga berani memberi jaminan individu yang menyertai program ini akan dapat menurutkan berat badan sebanyak 5 kilogram, dalam masa satu bulan.
Program ini dibuka khas untuk mereka yang tidak pernah atau tidak mempunyai masa, untuk hadir ke gim yang berdekatan. Dalam masa yang sama, ia juga untuk individu yang masih lagi tercari-cari kaedah yang betul bagi menurunkan berat badan dengan efektif.

Menyeronokkan, Mudah dan Berkesan

Jurulatih Fitness First Asia ini juga menyatakan program ini menawarkan pelbagai jenis latihan, yang disertakan dengan kaedah yang menyeronokkan, mudah dan berkesan untuk sesiapa sahaja.
Antara kaedah latihan yang dijalankan menerusi program The Lose It! ini adalah:
  • Team Workouts – Kaedah menurunkan berat badan yang mampu membakar sekitar 500 hingga 800 kalori.
  • Body Journal – Kita akan dapat satu jam untuk sesi personal coaching bersama jurulatih Fitness First dan mereka akan menyediakan jadual latihan kita.
  • Body Guide – Maklumat khas mengenai gaya hidup sihat, pemakanan yang betul serta tip untuk melakukan senaman harian.

Akan Dilancarkan Di Malaysia Tidak Lama Lagi

Bagi yang berminat untuk menyertai program ini, kita hanya perlu tunggu pengumuman rasmi daripada pihak Fitness First. Buat masa ini, program ini telah dilancarkan di Filipina pada bulan lepas.

credit: Sublimis
tyewriter natt zamree