SUNNATULLAH
Setiap sebab itu tidak boleh membawa akibat dgn sendirinya. Tetapi yg boleh membwa akibat ialah Allah SWT. Namun, oleh kerana Allah menghendaki setiap akibat mesti ada sebab, maka kenalah kita lahirkan sebab itu. Inilah yg dikatakan sunatullah @ peraturan Allah.
Kalau sudah memang Allah menetapkan satu - satu peraturan itu akan beralku, seperti setiap sebab itu membawa akibat, maka peraturan itu tetap tidak akan berubah.
1. Tunduk Kepada Peraturan Allah
Umat Islam perlulah memerhatikan sunnatullah itu kerana setiap apa yg diusaha & diikhtiarkan oleh umat Islam ada kaitannya dengan sunnatullah.
Umpamanya kalau umat ISlam mahukan kejayaan, maka sunnatullah itu mestilah diikuti bersungguh - sungguh. Mereka perlu menempuh sebab2 utk mendpt kejayaan. Kalau tidak, umat Islam tetap tidak akan berjaya sebaliknya mundur, tertindas & terhina.
2. Berusaha dan Tawakal
Mengikut sunnatullah yg sebenar, kejayaan itu dpt dicapai dgn belajar bersungguh - sungguh. Namun kita dapati umat Islam hanya menyerah diri & bertawakal kpda Allah, mengharap agar Allah memberikan kejayaan.
Sepatutnya, sebelum kita bertawakal atau menyerah diri kpda Allah, lahirkanlah semua sebab. Selepas itu, barulah kita bertawakal dgn keyakinan bahawa semua sebab telah dilaksanaksn. Demikian tawakal yg sebenarnya.
Kalau sekiranya dia tidak berjaya, dia akan kata, "apa boleh but, sudah kehendak Allah begitu1". Kata2 demikian seolah - olah menyalahkan Allah atas kegagalan mereka. Mereka yg bertawakal begini dinamakan " betawakal tidak berbekal. " Sebenarnya Allah menyuruh kita bertawakal setelah semua sebab yg Allah jdikan itu kita tempuhi semuanya.
3. Berfikir dan Melahirkan Sebab
Kalau umat Islam dpt menajamkan akal, maka kita akan berjaya. Kalau umat islam sedar bahawa jika hendak menjamah hidangan kita perlu lahirkan sebab - sebab & beriktiar, maka sudah tentu satu pengalaman baru akan lahir dlm pemikiran umat Islam.
Inilah yg dpt kita fahami dri sunnatullah yg telah menetapkan hukum bahawa tiap2 sebab itu akan membawa akibat. oleh demikian, sebagai umat Islam yg sememangnya petunjuk dan peraturan Allah berikan kpda kita, hendaklah kita mendalami ilmu pengetahuan agar kita dapat melahirkan semua sebab yg ada dlm setiap aspek.
_______________________________________________________________________________
Dri petikan ini, saya dapat memahami apa it sunnatullah. Kalau umat Islam dapat bertawakal dlm semua aspek atau semua sudut, itu adalah yg paling baik kerana bertawakal kepada Allah akan menggerakkan fikiran untuk kita berusaha dan beriktiar.
COPY FROM : ABD RAHMAN ABD MAHEED
( Wan Nur Alia )