2. Pengaruh negatif yang tersebar luas dalam kalangan remaja. Perkembangan teknologi maklumat kadang-kadang lebih membawa keburukan jika tidak dipantau.
3. Kurangnya kawalan oleh ibu bapa kerana terlalu sibuk dengan urusan mencari nafkah dan kekayaan dunia. Anak dibiarkan bebas tanpa sedikit pun kawalan.
4. Langkah penguatkuasaan yang lemah oleh pihak bertanggungjawab membuka peluang yang lebih kepada remaja yang hidup tanpa pegangan dan hala tuju yang jelas.
5. Pengaruh rakan sebaya dan masyarakat sekeliling amat dominan dalam mempengaruhi tingkah laku para remaja.
6.Kurang kesedaran dalam diri remaja menyebabkan mereka mudah bertindak mengikut nafsu dan perasaan.
7. Pergaulan bebas antara lelaki dengan perempuan tanpa had dan batasan mudah menarik mereka melakukan seks haram.
8. Anggota masyarakat dan jiran yang mengambil sikap ‘seperti enau di dalam belukar’ menyebabkan kes pembuangan bayi sukar dibanteras.
9. Sistem pendidikan yang terlalu mengutamakan akademik juga menjadi pemangkin meningkatnya kes pembuangan bayi.
_____________________________________________
Kesimpulannya, saya, Umi Syuhada menyokong faktor-faktor ini yang menyebabkan menularnya kes pembuangan bayi. Seharusnya kita sebagai orang yang berilmu dan berakal haruslah berfikir dengan rasional agar tidak terjadi perkara sebegini. Kita juga haruslah menangani faktor-faktor ini untuk mengelakkan kejadian pembuangan bayi yang semakin berleluasa ini.
Diambil daripada : http://azemi09.wordpress.com