MEMAHAMI ISI QURAN BUKAN HAK USTAZ SAHAJA

Kita sdg berada di hujung Ramadan, bulan turunnya al-Quran, kitab suci dr Allah SWT yg mnjdi asaskpd pembentukan dan pengukuhan iman. Di dalamnya juga terkandung segala perintah dari Yang Maha Berkuasa supaya ditaati oleh mereka yang bertakwa.
     Ia juga membawa rahmat, keberkatan dan menjadi penawar kepada orang-orang yang beriman. Di dalamnya terkandung petunjuk kepada jalan lurus yang akan menjadi kompas kepada manusia untuk bertemu dengan Yang Maha Suci pada hari kebangkitan dengan hati yang paling gembira dan tiada tolok bandingannya dengan sebarang rasa gembira yang manusia boleh kecapi di dunia ini.
     Wajar Quran dibaca dan difahami sehingga rohnya meresap ke dalam jiwa sebagaimana yang dilalui oleh Rasulullah SAW.
     Berapa ramaikah umat Islam yang benar-benar menjiwai al-Quran? Sesungguhnya Quran itu diwahyukan kepada Rasulullah dalam bentuk roh yang meresap ke dalam jiwa baginda. Ia hanya diterbitkan dalam bentuk buku pada zaman Saidina Othman bin Affan, khalifah keempat. Kita umat Muhammad juga wajar menyemadikan roh Quran dalam jiwa kita, bukan sekadar menatap teks fizikalnya.
     Quran bukannya karangan manusia, sebagaimana tuduhan sebilangan besar kaum Quraisy terhadap Nabi Muhammad SAW apabila baginda menyebarkan dakwah dengan membacakan ayat-ayat al-Quran. Ia diturunkan dalam bahasa Arab kerana baginda adalah orang Arab dan kelompok awal yang didakwah adalah bangsa Arab.
     Maka apabila Islam dikembangkan kepada orang Melayu di Nusantara, Quran tetap dibaca dalam bahasa Arab sehingga ke hari ini. Disebabkan kebanyakan kita tidak memahami bahasa Arab, maka kita sangat bergantung kepada ustaz-ustaz yang belajar agama dalam bahasa Arab untuk memberikan penerangan.
     Bagaimanapun kemudian timbul kesedaran di kalangan sebilangan ulama Melayu di Nusantara dan pihak berkuasa agama untuk menterjemah dan menafsir Quran ke dalam bahasa Melayu. Di Malaysia, diterbitkan secara rasmi kitab "Tafsir Pimpinan Ar Rahman Kepada Pengertian Al Quran" yang lebih dikenali sebagai Tafsir Rr-Rahman.
     Tafsir Ar-Rahman diterjemahkan oleh Allahyarham Syeikh Abdullah bin Muhammad Basmih dan disemak oleh Allahyarham Haji Muhamad bin Haji Ibrahim, Mufti Kelanyan. Kitab terjemahan Quran ini mula diterbitkan pada 1968 dan diulang cetak banyak kali. Ia diperakui oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sebagai terjemahan Bahasa Melayu yang autoritatif.
     Pada hari ini, selain Tafsir Ar-Rahman terdapat banyak lagi kitab terjemahan al-Quran termasuk terjemahan dari Imdonesia yang boleh dibeli dari mana-mana kedai yang menjual buku agama.
     Bagaimanapun harga kitab-kitab terjemahan ini agak mahal. Paling murah yang bersiz poket berharga RM30. Bersaiz sederhana adalah RM60 ke atas. Tentulah ia memberatkan mereka yang kurang mampu. Kerajaan dan pihak berkuasa agama wajar menerbitkan kitab-kitab terjemahan dengan harga subsidi yang mampu dibeli oleh mereka yang kuramg berkemampuan. Duit zakat asnaf fisabilillah boleh digunakan untuk tujuan ini.
     Jika kita mengambil iktibar bahawa turunnya Quran dalam bahasa Arab supaya difahami oleh Rasulullah dan bangs Arab, tentulah membacanya dengan tujuan memahami menjadi soal yang amat pokok.memanglah membacanya dalam bahasa Arab tetap memberikan pahala kepada si pembaca, tetapi adakah itu sahaja tujuan al-Quran diturunkan kepada manusia.
___________________________________________

Dari petikan diatas, saya memahami bahawa dari kecil kita hanya diajar baca dalam bahasa Arab dengan penekanan kepada tajwid disebabkan kita tidak mengerti bahasa Arab, alternatifnya ialah membeli kitab terjemahan yang agak membebankan bagi mereka yang kurang mampu.

COPY FROM : MAULANA ARRIF
(Wan Nur Alia)