Bagi remaja yang mempunyai masalah berat badan, atau mencari kaedah untuk kekalkan bentuk tubuh badan, mereka cenderung mengambil pil-pil yang tidak mempunyai cop halal yang sah, dan mempunyai bahan-bahan pemprosesan yang membahayakan anggota badan.
Ini kerana pil-pil ini sering memberikan janji manis. Sebagai contoh, terdapat satu artikel yang dipaparkan dalam akhbar tempatan yang menyatakan, sebuah pil pelangsing badan telah menyebabkan beberapa individu khususnya remaja perempuan menghidap kanser.
Pengambilan pil-pil seperti ini perlu dielakkan. Remaja perempuan seharusnya mengamalkan gaya pemakanan yang betul, bagi tujuan diet.
3 Tip Diet Sihat Untuk Remaja Perempuan
Menurut Jason Falson dalam artikel beliau ‘Dieting for Teenagers’, terdapat 5 tip diet sihat yang boleh digunakan oleh para remaja hari ini, bagi mengelakkan mereka terjerumus dalam pengambilan pil yang merbahaya.Membetulkan mindset
Jangan menganggap diri kita sedang diet. Anggap ia sebagai gaya hidup baru, bagi menjadikan tubuh badan kita kelihatan ramping, cantik dan menawan. Kajian di Amerika Syarikat menunjukkan, apabila kita mempunyai mindset ingin diet, secara tidak langsung ia akan menggagalkan rancangan kita untuk menurunkan berat badan.
Banyakkan bersenam
Elakkan daripada melakukan senaman yang berat. Sebagai contoh, kita boleh mengambil masa di waktu pagi atau petang, untuk berjalan-jalan di sekitar kawasan rumah atau taman. Mengikut pakar kesihatan, apa yang paling penting adalah tubuh badan kita dapat mengeluarkan peluh.
Latih diri untuk makan salad
Jason Falson menyarankan agar para remaja biasakan diri untuk mengambil sayur-sayuran, seperti salad setiap hari. Salad dapat membantu kita dalam proses menurunkan berat badan. Ini kerana pengambilan salad sebagai makanan harian dapat membantu kita, untuk kekal bertenaga sepanjang hari.
Kredit: Torode
(natt zamree)