BAHAYANYA MELETAK GAMBAR DI FACEBOOK



Seorang pelajar IPT mendakwa dirinya disihir oleh seorang wanita yang menggunakan gambar yang diambil dari laman sosial Facebooknya (FB). Sila BACA DISINI. Bahayanya jika meletak gambar penuh berbanding gambar sekerat kerana dalam kerja menyihirkan seseorang, jika berjumpa mana-mana bomoh ilmu hitam iaitu bomoh Siam atau Bomoh Indon di seberang. Soalan pertama yang akan ditanya "Ada bawa gambar penuh" si polan itu? 

Jika gambar tidak penuh, memang tidak boleh digunakan untuk kerja menyihir. Jika gambar diambil beramai-ramai sekali pun. Gambar mangsa boleh di "Crop" dan boleh digunakan. 

Penulis selalu mengingatkan anak perempuan penulis yang sedang menuntut di IPT supaya selalu membaca ayat kursi diwaktu pagi sebelum ke kuliah dan membaca selepas waktu maghrib untuk pelindungan sebelah malam. Kerana maklumlah berjauhan di tempat orang dan banyak sangat kes-kes sihir, rogol, simbah asid dll yang berlaku sekarang. Itulah bekal yang penulis dapat berikan untuk penjagaan diri.

Jadi sebaik-baiknya berlindunglah diri dari disihir dengan mengamalkan sirah-sirah berikut: Buat setakat yang termampu.

1. Ayat Kursi - Baca waktu pagi dan petang.

Sabda Nabi SAW:

"Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat, kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat, Allah memeliharanya daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar."



2. Doa hindarkan diri dari sihir - Surah Sufaat - ayat 7.



Nabi SAW pernah bersabda: "Barang siapa yang mengamalkan ayat-ayat dari Surah Al-Baqarah iaitu ayat 1 hingga 5, ayat 255 dan tiga ayat terakhir Surah Al-Baqarah, maka terhindarlah dirinya dari sebarang sihir".

Semuga membaca surah-surah dari Al-Quran, menjadi amalan kita semua. Ia adalah sebaik-baik pelindung diri dari niat jahat orang, gangguan syaitan dan untuk keselamatan diri. Janganlah mengambil azimat dan tangkal untuk pelindungan diri kerana perbuatan itu adalah syirik dan dosa besar.


Read more: http://www.resepirahsiaku.com/2011/09/bahayanya-meletak-gambar-di-facebook.html#ixzz1Y0o29Oc0


___________________________________________


Kesimpulannya, saya, Umi Syuhada menyokong petikan ini kerana terdapat bahayanya meletak gambar di facebook ini. Jadi,para remaja sekarang ini hendaklah berwaspada selalu dan mengelakkan meletakkan gambar penuh di facebook untuk keselamatan diri.