Antara kesan baik penggunaan telefon bimbit:-
- menjadi penghubung yang efektif
- boleh menghubungi keluarga jika perlu
- menjadi media untuk berkomunikasi dengan rakan pelajar
- mengeratkan hubungan silaturahim
- menjadi media penyalur maklumat dan hiburan
- boleh berkongsi ilmu dan maklumat dengan berkesan
- menghilangkan kebosanan dengan mendengar muzik dan menonton video
Manakala kesan buruknya pula:-
- membazirkan wang kerana terpaksa menjelaskan bil
- wang sepatutnya digunakan untuk perkara-
- perkara yang lebih perlu
- remaja leka sehinggakan bil telefon bimbit berganda
- membuang masa kerana leka oleh hiburan yang tersedia
- mengabaikan pelajaran sehingga tercicir
- mengabaikan tanggungjawab terhadap keluarga dan diri sendiri
___________________________________________________
Kesimpulannya, saya, Umi Syuhada menyokong kesan penggunaan telefon bimbit kepada golongan remaja ini. Sesungguhnya penggunaan telefon bimbit ini mendatangkan faedah kepada kita tetapi di sebalik faedah tersebut terdapat juga keburukannya kepada golongan remaja. Jadi, kita sebagai remaja haruslah juga berhati-hati apabila menggunakan telefon bimbit. Jangan sampai mengabaikan pelajaran kita. Sebagai ibu bapa juga mestilah memantau penggunaan telefon bimbit oleh anak-anak mereka agar tidak disalahgunakan.
Diambil daripada : http://azemi09.wordpress.com