pantun bimbingan

Beli sekayu kain kasa
Cukup diukur dengan lerengnya
Bangsa Melayu menjaga bahasa
Lengkap dengan sopan adapnya

Beli sekayu kain kasa
Cukup diukur dengan lerengnya
Bangsa Melayu menjaga bahasa
Bahasa cabul patang larangnya

Ikan perkasam siikan gelama
Duduk tersimpan di dalam baki
Yang Islam dibunuh kerana agama
Melayu berbunuh kerana dengki?

Fitnah itu tiada ampunnya
Kerana dosa sesama manusia
Mulut celupar amat cabulnya
Jangan disebut yang sia-sia

Sekular mengutuk tidak bermoral
Di sisi ugama hina dina
Mulut celupar bagai tak sara
Bergaul bebas jantan betina

Roti kaya airnya bandung
Jadi hidangan datuk panglima
Biar pun kaya 7 gedung
Tidak sembahyang tiada berguna

Padi sedang tumbuh subur
Senduduk menumpang bayang
Menangis badan dipinggir kubur
Teringat hidup tidak sembahyang

Logam emas dibuat dinar
logam besi dibuat dawai
Kalau tak berani berkata benar
Tak usah hendak jadi pegawai

Di tepi kali saya menyinggah
Menghilang penat menahan jerat
Orang tua jangan disanggah
Agar selamat dunia akhirat

Kalau memakai baju lusuh
Habis diguna emas dipinggang
Sahabat akan jadi musuh
Sanak saudara jadi renggang


 kesimpulan daripada pantun bimbingan ini, kita sebagai bangsa melayu haruslah menjaga bahasa ibunda kita. jangan biarkan bahasa ibunda kita hilang sehinggalah generasi akan datang tidak tahu apa itu bahasa ibunda. selain itu, kita hendaklah menjaga adab ketika berbual kerana lidah itu tiada tulang. kata-kata boleh menyebabkan hati seseorang terguris. di samping itu, kita sebagai umat islam mestilah menjaga adab ketika bergaul. janganlah terjadi sesuatu yang akan mencelar nama baik keluar barulah nk menyesal. seterusnya, kita perlulah mematuhi perintah yang diperintahkan oleh Allah SWT. jangan biarkan Allah murkai kita. akhir sekali, saudara mara janganlah kita bermusuhan kerana merekalah akan menolong kita ketika kita susah.

copyright from Istimewa unutkmu
natt zamree