SYARAHAN; ‘Punca – Punca Pencemaran Alam Sekitar’.

Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, yang berusaha Tuan Pengetua Sekolah Menegah Seri Peramu Jaya, guru – guru dan murid – murid sekalian. Pada pagi yang indah ini saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak sekolah yang menjemput saya dari Jabatan Alam Sekitar untuk menyampaikan tajuk syarahan saya yang bertajuk, ‘Punca – Punca Pencemaran Alam Sekitar’.

Dasawarsa ini, sama ada para pelajar dan guru sedar atau tidak akan kepentingan alam sekitar ini. Bumi ini telah dicemari oleh tangan – tangan rakus yang mahukan keuntungan tanpa memikirkan kesan yang menimpa alam sekitar. Kesan pencemaran alam sekitar telah memberikan impak – impak negatif seperti gangguan ekosistem, pencemaran air dan pencemaran udara.

Malahan terdapat banyak punca – punca yang menyebabkan pencemaran alam sekitar. Antaranya, kekurangan ilmu terhadap pemilik kilang industri ini tentang pencemaran alam ini telah menyebabkan mereka ini membuang sisa - sisa toksik industri mereka ke dalam sungai. Hal ini telah menyebabkan binatang akuatik mati dan menghadapi kepupusan. Air sungai yang tercemar juga akan memudaratkan kesihatan manusia.

Hadirin yang dihormati sekalian,

Selain itu, pembuangan sampah merata – rata juga antara punca pencemaran alam sekitar. Oleh itu, pelajar – pelajar seharusnya menjaga kebersihan di sekolah ini. barangan sampah seperti kertas, kaca, plastik dan aluminium boleh dikitar semula dan barangan sisa makanan boleh dibuat baja untuk pertanian. Pembuangan sampah dengan kadar yang banyak boleh meningkatkan jumlah haiwan perosak yang membawa penyakit seperti tikus dan lipas.

Seterusnya, punca yang lain ialah pembebasan gas klorofluorokarbon daripada racun serangga. Ramai masyarakat di negara ini yang mengguna racun seranga seperti Ridsect bagi menjaga keselamatan keluarga tanpa memikirkan alam sekitar. Gas ini akan menyebabkan menipiskan lapisan ozon yang lama - kelamaan membenarkan sinaran ultra unggu memasuki bumi dan memudaratkan manusia. Kita boleh menggunakan racun serangga water base yang lebih mesra alam.

Akhir sekali, punca yang terakhir ialah penebagan hutan yang berleluasa. Penebangan yang tidak terkawal boleh membawa banyak keburukan terhadap flora dan fauna serta manusia. Contohnya seperti perubahan landskap dan kepupusan flora dan fauna yang menyebabkan ekosistem terganggu.
Oleh itu, langkah perlu diambil untuk menjamin kesejahteraan hidup pada masa akan datang. Contoh langkah yang perlu diambil ialah menguatkusakan undang – undang dan bekerjasama dengan pihak berkuasa dalam aktiviti yang diadakan seperti Sayangi Sungai Kita. Semua pihak memainkan peranan yang penting untuk menjaga alam sekitar.

Sekian, terima kasih.



Diambil daripada : http://cikgu-rozali.blogspot.com/

(UMI SYUHADA)