Kebaikan dan keburukan televisyen

Televisyen adalah penyebar maklumat dan pengetahuan yang sungguh meluas dan berkesan. Itu adalah fungsi utama televisyen diciptakan. Televisyen juga mempunyai kebaikan dan keburukannya.

Antara kebaikan televisyen adalah saluran penyebar maklumat dan pengetahuan terluas zaman sekarang. Sebagaimana radio, siaran televisyen dilanjutkan selama dua puluh empat jam. Hal ini demikian kerana dunia semakin maju. Maklumat dan pengetahuan ke arah kemajuan meledak dengan pesat sekali. Maklumat dan ilmu pengetahuan ini perlu disalurkan kepada masyarakat di negara kita semaksimum yang dapat. Hal ini demikian supaya kita tidak ketinggalan dalam arus kemajuan. Melalui televisyen, perkara ini dapat dilaksanakan. Antara contoh penyalur maklumat melaui televisyen adalah berita terkini dan belutin utama. Contoh sumber ilmu pula adalah ’national geography’, ’discovery’ dan banyak lagi.


Selain itu, televisyen boleh mengisi masa lapang. Televisyen adalah sesuatu teknologi yang dicipta untuk menghibur manusia tanpa melakukan aktiviti yang memenatkan seperti bersukan dan banyak lagi. Fungsi penghiburan televisyen adalah untuk mengurangkan tekanan dan menghilangkan stress. Contoh rancangan yang boleh menghilangkan stress adalah rancangan yang bertema lucu. 


Di samping itu, televisyen adalah pemberi pengajaran kepada penonton. Terdapat rancangan seram yang disiarkan di televisyen yang menyampaikan pengajaran juga kesedaran agama terhadap penonton. Rancangan drama juga memberi kesan yang sama terhadap penonton tentang keburukan jenayah dan juga memberi kesedaran untuk tidak melakukan jenayah. Rancangan-rancangan tersebut terdapat pada kebanyakkan saluran televisyen yang disediakan oleh ASTRO. 


Seterusnya, televisyen adalah kemudahan kepada peniaga untuk mencari rezeki melalui pengiklanan. Iklan merupakan suatu cara pemberitahuan kepada umum oleh pengeluar sesuatu barangan atau perkhidmatan. Cara ini dapat membantu pengeluar barangan atau perkhidmatan meningkatkan perniagaan mereka.

Selain memberi kebaikan, televisyen juga memberi kesan yang buruk terhadap penonton televisyen terutamanya remaja dan kanak-kanak. Salah satu keburukan televisyen ialah televisyen menimbulkan gejala negatif dalam kalangan remaja dan kanak-kanak. Sudah banyak kali kita mendengar atau membaca rungutan masyarakat tentang rancangan yang disiarkan di televisyen. Antara kata-kata yang terbit dalam rungutan-rungutan itu termasuklah ganas, lucah, dongeng, khayalan, dan berunsurkan hinaan. Tidak mustahil akhlak para remaja dan kanak-kanak di negara kita akan semakin terjejas. Hal ini demikian memberi kesan yang negatif terhadap penonton.


Di samping itu televisyen menyebabkan penonton leka. Penonton akan lupa untuk membuat kerja kerana khusyuk melayan televisyen. Kalangan remaja pula akan lupa untuk mengulangkaji pelajaran kerana beberapa rancangan yang diminati oleh kalangan remaja disiarkan pada masa yang tidak sepatutnya.


Seterusnya, televisyen memberi keburukan kepada penonton dengan mempengaruh rakyat tempatan dengan gaya hidup barat. Ada beberapa aksi yang disiarkan tidak sesuai dengan budaya di Malaysia. Antara contohnya ialah aksi bercium.Televisyen juga mengandungi unsur-unsur keganasan. Kebanyakan rancangan ditayangkan itu memaparkan adegan pembunuhan, peranggaran, tembak-menembak, tipu muslihat, dan sebagainya. Unsur-unsur negatif dalam rancangan-rancangan tersebut mudah meresap ke dalam fikiran golongan muda ini kerana masih mentah untuk menilai dan membezakan kejadian yang berupa realiti daripada kejadian yang berupa khayalan. Mereka meniru atau terikut-ikut akan watak kegemaran mereka dalam rancangan yang ditonton. Sebagai akibatnya, sikap dan perwatakan mereka mudah berubah, malah mereka sanggup bertindak agresif.


Konklusinya, ternampak bahawa televisyen mengadungi lebih banyak keburukan daripada kebaikan. Walaupun yang demikian, kita tidak mampu untuk hidup tanpanya kerana televisyen adalah teknologi yang diutamakan oleh warga dunia untuk mengetahui aktiviti semasa. 



diambil daripada : http://cikgu-rozali.blogspot.com

(UMI SYUHADA)