PANDUAN MENGARANG KARANGAN JENIS CEREKA

Karangan jenis Cereka Dan Penceritaan PMR (Bahasa Melayu)

Panduan Mengarang 

1.Karangan jenis cereka dan penceritaan sering dikemukakan dalam peperiksaan PMR. 
 
2.Karangan jenis ini berkehendakkan anda menceritakan sesuatu peristiwa yang pernah anda alami ataupun berdasarkan khayalan anda.
 
3.Isi-isi yang berbentuk khayalan atau imaginasi boleh digunakan,tetapi sebaik baiknya biarlah berasas,munasabah dan logik.
 
4.Ciri-ciri penting karangan ini ialah watak,peristiwa,latar belakang cerita,sebab dan akibat kejadian.
 
5.Setiap isi cerita mestilah mempunyai pertalian. 
 
6.Penulisan cereka atau penceritaan anda mestilah mengikut urutan peristiwa dan masa,iaitu ada titik permulaan,perkembangan,kemuncak (ketegangan) atau penyudah cerita.
 
7.Bahasa berbunga-bunga boleh digunakan,tetapi hendaklah dikawal penggunaannya.
 
8.Jika anda hendak memasukkan dialog,ayatnya biarlah ringkas,padat,menarik dan realistik.
 
9.Setiap dialog hendaklah ditulis dalam perenggan baru dan menggunakan tanda baca yang betul.
 
10.Cerita boleh diolah atau ditulis dengan berdasarkan orang pertama dan ketiga sebagai pencerita.Kata ganti nama diri seperti aku,saya,dia,mereka sesuai digunakan sebagai watak cerita.
 
11.Akhir sekali,anda perlu mengambil ingatan bahawa cerita yang hendak anda olah itu semestinya cerita yang menarik,mencabar,dan berdaya kreatif.

12.Cerita anda sebaik-baiknya juga mempunyai unsur pengajaran atau nasihat yang berguna kepada pembaca.