Pada cuti sekolah yang lepas,saya dan bersama-sama dengan keluarga pergi berkelah di Hutan Lipur Ledang,Tangkak,Johor Darul Takzim.
Jaraknya kira-kira dua jam perjalanan dengan kereta dari rumah kami.Sebaik sahaja sampai,orang sudah ramai berada di sana.Kebetulan pada hari tersebut ialah Hari Kebangsaan.
Kenderaan pula tidak diletakkan secara teratur.Agak lama juga ayah mencari tempat sesuai untuk meletak kereta,akhirnya baru terjumpa suatu lokasi yang selesa di bawah sebatang pohon rendang.
Hatiku kepingin sangat hendak terjun ke dalam takungan air di longgokan batu-batan.Tetapi ibu menegah,meminta saya ditemankan oleh ayah.Oleh hal yang demikian,saya tidak jadi berenang renang dalam air yang sejuk dan menyegarkan itu.
Masa yang ditunggu-tunggu sudah tiba.Apabila ayah sudah siap mengemaskan barang-barang yang kami bawa,dia pun mengajak kami turun sama ke dalam air.'Jangan pergi jauh ke depan.Kalau terjadi sesuatu nanti,ayah juga yang susah,'nasihat ayah sambil membawa adik kecil kami bermain air.
Tiba-tiba,suasana menjadi riuh.Seorang kanak-kanak berumur kira-kira 10 tahun menjerit-jerit meminta pertolongan.Tanpa berlengah lagi,saya terus berenang ke arah budak tadi dan menariknya ke tepian kolam air.Ia tercungap-cungap menarik nafas.Beberapa minit kemudian,dia pun sedarkan diri.Ibunya yang sejak tadi tercari-cari akan anaknya,datang mengucapkan terima kasih kepada saya sekeluarga.
Inilah pengalaman yang tidak dapat saya lupakan semasa berkelah bersama-sama keluarga pada cuti yang lepas.Ingatan dapat menyelamatkan seorang kanak-kanak daripada mati lemas tempoh hari masih segar dalam benak saya hingga ke hari ini.