CONTOH TEKS FORUM 2




TEKS FORUM
YANG SEBENAR TIDAK DAPAT DIMUAT TURUN. HARAPA PARA PELAJAR SUDAH ARIF TENTANG
FORMAT PENULISAN ESEI JENIS FORUM

UJIAN LISAN BERKUMPULAN
PERBINCANGAN
ILMIAH: FORUM

TAJUK: MELESTARI ALAM SEKITAR

Mutakhir ini, arus
modenisasi menderaskan lagi pembangunan negara. Pelbagai projek sosioekonomi
dijalankan dengan begitu rancak namun secara tidak sedar alam sekitar sudah
terjejas. Satu kemelut yang terpaksa dihadapi oleh negara kita. Kita sebenarnya
tersepit antara keinginan menjadi sebuah negara maju dengan alam sekitar yang
perlu dipelihara, bak kata peribahasa “ditelan mati mak,diluah mati bapa”. Untuk
melihat isu ini dengan lebih jelas, satu perbincangan ilmiah telah dianjurkan
oleh Persatuan Pencinta Alam Sekitar Daerah Johor Bahru sempena kempen “Sayangi
Bumi Kita”


Pengerusi
:
Assalamualaikum kepada hadirin sekalian. Saya Profesor Nasir Ibrahim mengucapkan
selamat dating kepada semua yang ada di sini. Semuga kedatangan Tuan-tuan dan
puan-puan dalam majlis ilmu ini diberkati Allah S.W.T. Sempena kempen “Sayangi
Bumi Kita” yang sedang berlangsung di seluruh negara, Persatuan Pencinta Alam
Sekitar Johor Bahru mengambil kesempatan untuk bersama-sama membantu kerajaan
memberi kesedaran kepada orang ramai tentang kepentingan alam ini kepada kita.
Visual yang ditayangkan kepada kita sebentar tadi menunjukkan betapa hebatnya
serangan pencemaran di seluruh dunia. Hal ini amat mengerikan kerana selama ini
kita semua hidup dalam sebiji “belon” yang terlalu kotor.

Oleh itu, bagi
membincangkan fenomena ini dengan lebih spesifik dan bermaklumat, penganjur
telah menjemput tiga orang tokoh yang terlibat secara langsung dengan alam
sekitar iaitu di sebelah kanan saya ialah Datuk Muhammad Hafiz Ali , Pengarah
Jabatan Metreolagi Malaysia. Di sebelah kiri pula ialah Dr. Wong Xin Yi, aktivis
pencinta alam yang sangat aktif di peringkat antarabangsa. Beliau bertugas
sebagai sebagai pensyarah kanan di Jabatan Pembangunan Alam Sekitar , Universiti
Sains Malaysia. Di hujung sana pula, Datuk Aisyamariam Ulza , Setiausaha Kerja
bagi Kementerian Sains dan Alam Sekitar, Putrajaya.

Selamat datang
semuanya ke majlis ini. Baiklah, semua yang berlaku mesti ada punca atau
punca-puncanya, begitu juga dengan isu ini. Terlalu banyak pendapat yang diberi
tentang pencemaran air, udara dan bunyi. Oleh itu, kita dengar pendapat Dr. Wong
Xin Yi tentang persoalan ini. Silakan Doktor.


Dr. Wong Xin Yi:
Terima kasih Profesor
Nasir . Sebelum saya bincangkan tentang punca-puncanya, saya rasa lebih baik
diterangklan terlebih dahulu maksud pencemaran. Pencemaran alam sekitar membawa
maksud perbuatan mencemarkan alam sekitar dengan unsur-unsur yang kotor. Maka,
sesuatu yang pada asalnya bersih dan dapat digunakan dengan baik dan selamat
telah menjadi kotor dan mendatangkan mudarat apabila digunakan.

Antara
punca-punca yang diwartakan oleh sebagai penyebab pencemaran. terbahagi kepada
dua jenis iaitu ;:Pencemaran yang disebabkan oleh faktor semulajadi .Pencemaran
yang disebabkan oleh faktor semulajadi ialah pencemaran yang berlaku dengan
sendirinya setelah berlakunya bencana alam seperti letusan gunung berapi,
dilanda ribut taufan, gempa bumi dan sebagainya Pencemaran yang disebabkan oleh
faktor manusia . Pencemaran yang disebabkan oleh faktor manusia ialah pencemaran
yang dilakukan oleh manusia sama ada sengaja atau tidak sengaja . Antaranya
ialah pencemaran udara. Contohnya, gas-gas beracun, zarah-zarah yang
terperangkap hasil dari asap kenderaan, jerebu dari kesan pembakaran secara
terbuka dan sebagainya. Pencemaran air,contohnya, pembuangan air kumbahan,
sisa-sisa kimia, haba, pembuangan sampah dan sebagainya Pencemaran
tanah,contohnya, pemusnahan hutan akibat pembalakan, pembuangan sisa-sisa kimia
dan sisa-sisa pepejal .
Saya rujuk pencemaran akibat aktiviti manusia sebagai
perbincangan. Di Malaysia, hampir 90%-95% kawasan pedalaman telah mempunyai
sistem jalan raya ;bermakna jumlah kenderaan bermotor di negara kita telah
meningkat secara keseluruhannya. Namun begitu, kenderaan bermotor merupakan
penyumbang terbesar pencemaran udara di negara kita. Rujukan saya seterusnya
ialah pencemaran laut; lebih 90% daripada punca pencemaran laut adalah
disebabkan oleh aktiviti manusia dan baki 10% adalah berpunca dari sektor
perkapalan . dapatan ini berdasarkan kajian Persatuan Pencinta Alam, bertajuk
Tumpahan Minyak Yang Meracuni Perairan Malaysia, yang disiarkan dalam majalah
Dewan Kosmik (Mac), DBP, Kuala Lumpur, 1995, m.s.:53-55)
Bagi pencemaran
tanah pula, saya rujuk pada penerokaan hutan. Hutan memang mempunyai nilai
komersial dalam ekonomi negara. Hutan didapati membekalkan kayu balak dan kertas
yang merupakan satu sumber penting bagi pendapatan mata wang asing . Di kawasan
tropika, rotan dianggarkan menyumbangkan nilai tahunan sebanyak RM 1200 juta
setahun dalam perdagangan dunia. Akan tetapi eksploitasi hutan yang melampau
untuk tujuan pembalakan, pertanian, ternakan dan sebagainya telah mengakibatkan
pencemaran alam yang sangat dahsyat .
Oleh itu, jelaslah pencemaran alam
sekitar banyak dilakukan oleh tangan-tangan manusia berbanding kejadian
pencemaran semula jadi seperti gempa bumi, letusan gunung berapi dan ribut
taufan. Setakat ini sahaja pendapat saya tentang punca-punca pencemaran, saudara
pengerusi
.

Pengerusi:
Terima
kasih Dr. Wong Xin Yi kerana memberi pandangan yang bernas. Jika teliti, memang
benar pencemaran banyak dicetuskan oleh manusia sendiri. Apabila keuntungan yang
tergambar di hadapan mata, nilai-nilai murni tidak lagi menjadi pegangan . yang
menyedihkan semua penduduk dunia merasai kesan negatifnya sedangkan yang
melakukan kerosakan hanyalah segelintir manusia. Bagi melihat sejauh mana
fenomena buruk pencemaran ini, kita tujukan permasalahan ini kepada datuk
Muhammad Hafiz Ali. Silakan Datuk.

Datuk
M. Hafiz Ali:
Terima kasih saudara Nasir. Tentang kesan buruk pencemaran
ini , saya berpendapat semua rakyat Malaysia telah mengetahui dan menontonnya di
televisyen atau internet. Kesan yang amat dirasai sekarang akibat pencemaran
udara ialah pemanasan global yang semakin meningkat dari hari ke hari. Pemanasan
global telah mengubah cuaca dan sistem iklim dunia.Ribut taufan misalnya berlaku
dengan amat kerap. Selain itu, berlakunya pencemaran serius secara global
seperti kesan rumah hijau, permusnahan ozon dan hujan asid . Sementara itu,
pengeluaran gas monoksida iaitu sejenis gas beracun yang boleh membunuh
sekiranya terkumpul dalam kawasan yang tertutup . Sejenis lagi unsur yang boleh
terhasil melalui penggunaan kenderaan bermotor ialah plumbum iaitu sejenis bahan
kimia yang sangat beracun dan boleh menyebabkan kerosakan otak terutamanya dalam
kalangan kanak-kanak .
Seterusnya kita lihat pula kesan pencemaran air. Saya
ambil bukti yang berlaku di Jepun iaitu Teluk Minamata, Jepun. Pencemaran toksik
terdapat dalam air menyebabkan simptom kebas-kebas, sakit kepala, kabur
penglihatan dan penuturan yang tidak betul . Sesetengahnya berakhir dengan
kelumpuhan dan ada yang menemui maut . Simptom yang disebabkan oleh keracunan
raksa ini telah membabitkan beratus-ratus keluarga nelayan . penyalit ini
seyerusnya dikenali sebagai penyakit Minamata .
Kesan daripada pencemaran
yang berlaku bukan sahaja dialami oleh manusia bahkan turut memberi kesan kepada
kehidupan yang lain . Antara kesan pencemaran yang banyak membunuh organisma
laut di perairan cetek ialah kesan daripada tumpahan minyak ke laut . Apabila
tumpahan minyak berlaku dengan banyak berhampiran persisiran pantai ia membentuk
lapisan minyak yang mengancam kehidupan laut serta burung . Tumpuhan tersebut
juga turut menjejaskan tumbesaran dan kesuburan plankton yang boleh mengurang
pembiakan makanan laut . dalam jangka panjang akan menjejaskan sumber pendapatan
nelayan.
Antara kesan yang dianggap kronik ialah anomalia, iaitu pembesaran
tubuh dan tingkah laku yang tidak normal, serta kurang daya ketahanan badan
kesan penggunaan sumber air yang tersebut . Itu sahaja pendapat saya saudara
pengerusi.


Pengerusi:
Terima
kasih Datuk. Nampaknya , kesan pencemaran ini bukanlah sekadar berlaku di negara
kita. yang tidak diselia rapi . Oleh itu,beberapa langkah perlu dikenal pasti
untuk mengatasi isu yang serius ini. Saya menjemput Datuk Aisyamariam Ulza
memperkatakan langkah-langkah yang telah , sedang dan akan diambil oleh
kementeriaannya.

Datuk
Aisyamariam:
Terima kasih dan assalamualikum semua. Apabila disebut
Kementerian Sains & Alam Sekitar ini, yang tergambar ialah tindakan-tindakan
yang pihak kementerian lakukan.
Antara langkah yang telah dilaksanakan ialah
menggalakkan orang ramai menggunakan petrol tanpa plumbum bagi kenderaan
bermotor. Mencari alternatif selain daripada minyak juga adalah penting bagi
tujuan mengurangkan kesan pencemaran alam sekitar. Dua bahan alternatif yang
dicadangkan ialah gas asli (natural gas) dan Propana.
Dewasa ini, kajian bagi
menghasilkan minyak enjin biomassa daripada tumbuh-tumbuhan sedang giat
dijalankan. Contohnya di negara kita, ahli sains telahpun menemui sejenis minyak
daripada kelapa sawit yang boleh mengurangkan pencemaran udara tanpa menjejaskan
kecekapan enjin. Sungguhpun penemuan ini masih terlalu baru untuk dipastikan
sama ada ia praktikal atau pun tidak, ia patut dijadikan satu titik permulaan
bagi meningkatkan usaha kita ke arah mencapai konsep pembangunan berterusan yang
perihatin terhadap persekitaran.
Di peringkat antarabangsa,buat masa ini
pula, Malaysia dan Indonesia melalui ASEAN telah menyalurkan pandangan mereka
mengenai isu-isu Selat Melaka . Satu rancangan yang dikenali sebagai Rancangan
Kontigensi Kebangsaan Mengawal Tumpahan Minyak telah diadakan di Jabatan Alam
Sekitar . Objektif kerjasama serantau ini ialah bagi merealisasikan kerjasama
serantau untuk membolehkan satu tindakan serta-merta dijalankan bagi mengawal
tumpahan minyak yang tertumpah di perairan Malaysia .
Demikianlah sahaja ,
antara langkah yang telah dilaksanakan oleh kerajaan kita bagi menangani isu
ini.


Pengerusi:
Demikianlah
pandangan-pandangan daripada panel jemputan kita pada kali ini. Semuga , segala
maklumat yang diperoleh dalam malis ilmu ini memberi banyak kesedaran kepada
kita. Yang dapat disimpul ialah, pencemaran sebenarnya hasil kerja tangan-tangan
rakus sebahagian daripada kita. Sewajarnya kita sedar akan bumi ini sahajalah
tempat tinggal kita. Oleh itu sama-sama kita jaga dan pulih semula keindahan
alam sekitar kita. Assalamualaikum.