Dialog - Kegiatan Kokurikulum

AZIZ : Man, cuma tinggal seminggu lagi kita kena mendaftar diri dalam
kegiatan kokurikulum.
AIZRIL : Ya, saya masih ingat lagi. Tapi yang merunsingkan saya adalah
membuat pilihan salah satu kegiatan kokurikulum yang harus saya
ikuti.
AZIZ : Pilihlah satu daripada kegiatan sukan atau permainan yang kau
gemari, kemudian jadilah ahli dalam satu lagi kelab dan pertubuhan
unit beruniform. Senang saja, kan?
AIZRIL : Masalahnya, dalam pertubuhan unit beruniform saya berminat untuk
menjadi ahli dalam Kadet Polis serta Kadet Bomba. Kedua - duanya
pun saya suka. Apakah harus saya buat,Aziz? Saya sedang runsing ni.
AZIZ : Apa kata kalau kamu ikut saya menyertai pasukan Kadet Polis. Saya s
sudah nekad nak jadi anggota kadet polis. Pakaian seragamnya segak
betul. Lagipun pertubuhan Kadet Polis ni sangat aktif. Pada tahun
lepas, pasukan Kadet Polis sekolah telah menjadi juara dalam
pertandingan kawad peringkat negeri Kedah.
AIZRIL : Wah, hebatnya! Kalau begitu saya ikut kamu menjadi ahli Kadet
Polis sajalah.
AZIZ : Baiklah kalau begitu. Tapi ingat, kita harus berbincang dengan ibu
bapa kita dulu. Nampaknya, kita kena berbelanja untuk membayar yuran
pendaftaran, membeli baju seragam kadet dan sebagainya.
AIZRIL : Ini satu cadangan yang baik. Saya akan berbincang dengan ibu bapa
saya di dalam kereta nanti.
AZIZ : Zril, itu pun ayah kamu datang.
AIZRIL : Saya balik dulu, kita bincangkan rancangan kita di sekolah esok.
AZIZ : Jumpa lagi.


PENILAIAN:
1. Kita sebagai murid wajib melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum.
2. Kita mestilah berbincang dulu dengan ibu bapa sebelum melakukan keputusan.