CONTOH TEKS FORUM 1
WARISAN
BANGSA
AKTIVITI: FORUM
Setiap negara, pasti mempunyai nilai dan budaya
yang tersendiri. Begitu juga di negara kita yang terdiri dari lima budaya besar
iaitu Melayu, Cina dan India, Kadazan dan Iban. Namun begitu, akibat arus
modenisasi yang semakin hebat pada era ini, sedikit-sedikit amalan dan cara
hidup yang menjadi pegangan hidup , terhakis. Kita lihat di mana-mana ,
masyarakat kurang menghargai nilai estetika yang ada dalam masyarakat, sebagai
contoh, pemakaian kain batik sarung. Amat kurang sekali ,dilihat anak-anak muda
memakai kain sarung batik kecuali di negeri Kelantan dan Terengganu. Sehubungan
itu, SEMBANG PAGI pada pagi ingin membicarakan isu ini secara lebih
ilmiah.
Pengerusi: Selamat
sejahtera saya ucapkan kepada para penonton yang setia berada di hadapan TV .
Tajuk isu pada pagi ini ialah ”WARISAN BANGSA”. Apakah sebenarnya warisan bangsa
yang tergambar dalam kotak fikiran kita? Apa pula kepentingannya sehingga kita
perlu mempertahankan warisan bangsa ini? Akhir sekali , benarkah arus pemodenan
yang dikatakan sebagai punca hilangnya penghargaan generasi sekarang terhadap
warisan bangsa ini ?
Bagi membincangkan persoalan-persoalan yang
dikemukakan , tiga orang tokoh telah dijemput, di sebelah kanan saya ialah
Pengarah Arkib Negara iaitu Datuk Seri Atiq Azman. Di sebelah kiri saya,
Presiden Yayasan Belia Negara, Dato’ Afiq Agos dan di hujung sana ialah,
Budayawan Negara, Datuk Radin Syamel.
Bagi mendapatkan takrifan yang
tepat tentang warisan bangsa, amat sesuai sekali jika Datuk Radin Syamel
memulakan bicara kita pada pagi ini. Baiklah Datuk, apakah definisi yang paling
sesuai untuk tajuk kita pada hari ini?
Datuk Radin Syamel: Terima kasih saudara
pengerusi. Jika dilihat dari sudut budaya, warisan bangsa membawa maksud,
apa-apa amalan dan cara hidup yang diamalkan oleh segolongan masyarakat.
Misalnya, dalam masyarakat Melayu, terdapat pelbagai cara berpakaian iaitu dalam
kalangan Melayu Jawa, kita dapati mereka memakai songkok bercorak batik tetapi
di negeri Kelantan golongan lelakinya lebih gemar memakai ’kain semutar’. Dalam
kalangan kaum Hindu sendiri terdapat pelbagai jenis kain sari yang mewakili
pelbagai etnik dalam kaum India seperti yang dipaparkan di skrin LCD sekarang.
Dalam budaya Cina pula, kita rujuk makanan yang dimakan oleh kaum Cina, ada
makanan Cina ala-Hokkien, ada makanan ala-Hainan yang mempunyai sedikit
kelainan.
Sementara itu, dari sudut sejarah, warisan bangsa pula menjurus
pada peninggalan-peninggalan berbentuk bangunan sama ada bangunan-bangunan yang
dibina oleh penjajah ataupun bangunan-bangunan nenek moyang kita yang terdahulu.
Sebagai contoh, bangunan Muzium Abu Bakar Johor dan bangunan Sultan Ibrahim di
Johor Bahru, merupakan sebuah bangunan binaan Inggeris yang dibina semasa
pentadbiran British di Tanah Melayu. Kewujudan bangunan ini amat besar ertinya
kerana dari aspek seni binanya, amat berlainan dengan seni bina Melayu pada masa
itu. Selain menjadi bukti dalam sejarah Malaysia bahawa kita pernah dijajah oleh
suatu kuasa asing.
Itu sahaja pandangan saya tentang maksud warisan
bangsa.
Pengerusi: Terima
kasih Datuk Radin Syamel. Baiklah penonton, begitulah takrifan ringkas tentang
warisan bangsa. Jika dihalusi, warisan bangsa merupakan elemen penting untuk
membina jati diri dan semangat patriotik dalam kalangan masyarakat. Lebih-lebih
lagi, dalam jiwa generasi muda sekarang. Maka, kita dengar pandangan Datuk Seri
Atiq Azman tentang kepentingan-kepentingan mengekalkan warisan bangsa kita.
Silakan Datuk Seri.
Datuk Seri Atiq
Azman: Terima kasih saudara pengerusi. Beginilah saudara pengerusi dan
penonton, kita lihat kepentingannya dari aspek pembentukan jati diri terlebih
dahulu. Saya fokuskan pada penggunaan bahasa kebangsaan dan bahasa ibunda.
Seperti yang dikatakan oleh Datuk Radin Syamel sebentar tadi, warisan budaya
bermaksud seluruh cara hidup masyarakat. Jadi, salah satunya ialah penggunaan
bahasa kebangsaan dan ibunda dalam masyarakat. Untuk membentuk jati diri yang
tebal dan tulen, kita tidak dapat lari dari menghargai dan meletakkan bahasa
kita di tempat paling atas. Lihat sahaja , negara-negara maju, baik Jepun,
Korea, Perancis, Cina dan Jerman, rakyat di negara-negara tersebut amat bangga
akan bahasa ibunda dan kebangsaan mereka. Namun , pada masa yang sama mereka
merupakan gergasi ekonomi dunia misalnya, Jepun merupakan negara industri
robotik paling canggih di dunia.
Yang dapat dirumuskan berdasarkan
pendapat saya sebentar tadi ialah, semua negara maju amat menghargai, bangga dan
memartabatkan bahasa ibunda dan kebangsaan masing-masing. Mereka mempelajari
bahasa asing semata-mata untuk mendapatkan ilmu dan dibawa balik ke negara
mereka untuk dimanfaatkan. Perlu diingatkan juga jika kita bercita-cita menjadi
negara maju dalam acuan dan budaya kita sendiri, bahasa kebangsaan dan ibunda
perlu dimartabatkan dengan bersungguh-sungguh. Bagi saya, bangsa yang tidak
menghargai keunikan bahasa ibunda dan kebangsaan sendiri, sebenarnya amat
longgar jati diri dan semangat patriotiknya.
Seterusnya, saya melihat
kepentingan menghargai dan mengekalkan warisan bangsa ialah kesannya kepada
anak-anak kecil dan remaja yang masih muda. Jika kita mahu generasi muda kekal
dalam budaya hidup nenek moyang yang penuh dengan nilai-nilai ketimuran, maka
warisan bangsa seperti adat resam , yang merangkumi cara berpakaian, makanan dan
cara bermasyarakat perlu berterusan menjadi amalan. Bagi saya, bangsa berjaya
ialah bangsa yang berjaya menjadi ikon dunia tetapi masih mengekalkan cara hidup
nenek moyang yang positif. Saya rujuk,Wawasan 2020 yang diilhamkan oleh mantan
Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohammed iaitu, beliau mahu Malaysia
muncul sebagai negara maju beracuan sendiri. Tidak meniru mana-mana budaya
negara lain. Maka, untuk merealisasikan impian ini, kita perlu pastikan warisan
bangsa kita kekal menjadi ikon dalam diri setiap anak muda.
Itulah sahaja
pandangan saya saudara pengerusi.
Pengerusi: Terima kasih Datuk, menarik sekali
penjelasan sebentar tadi. Yang paling menarik ialah isu tentang kepentingan
warisan bangsa ini kepada golongan muda. Namun begitu, yang kita semua lihat
sekarang, warisan bangsa ini seolah-olah ditelan oleh arus pemodenan yang amat
laju pergerakannya. Untuk melihat fenomena ini dengan lebih jelas, saya jemput
Dato’ Afiq Agos untuk memberi pandangan beliau tentang gejala serius
ini.
Dato’Afiq Agos : Terima
kasih saudara pengerusi. Berbicara tentang arus pemodenan ini, kita tidak lari
dari mengaitkannya dengan isu globalisasi. Jika, kita rujuk Kamus Dewan Bahasa
Edisi Keempat , globalisasi membawa takrif , proses yang membolehkan sesuatu
aktiviti ( sosial, ekonomi, kebuayaan dan sebagainya) disebarkan atau diperluas
ke peringkat antarabangsa atau ke seluruh dunia, terutamanya dengan adanya
kemudahan sistem komunikasi dan dasar terbuka. Jadi, dapat disimpulkan
pengglobalisasian memang berupaya menghakis nilai-nilai hidup dalam
masyarakat.
Dalam dunia yang tiada lagi sempadan, siapa-siapa yang kuat
memang berupaya mengubah rupa bentuk masyarakat dunia. Saya ambil contoh, negara
maju iaitu Amerika Syarikat yang dikatakan gergasi dalam semua aktiviti dunia,
dari bidang sosial hinggalah ketenteraan. Masyarakat dunia cenderung melihat
negara ini sebagai negara yang ideal untuk diikuti, agar sama-sama dapat
bergelar masyarakat moden. Situasi ini banyak menempiasi generasi muda sehingga
kita lihat pengagungan terhadap pakaian dari Barat amat dominan. Malah, dalam
masyarakat Cina, kita dapati anak-anak mudanya jarang-jarang memakai pakaian
Cheong Sam sebagai pakaian harian, malah tidak juga menjadi pilihan semasa Tahun
Baru Cina. Bagi saya itu satu kerugian kerana pakaian merupakan salah satu
identiti bangsa Cina selain bahasa ibunda.
Pengaruh modenisasi yang kedua
terhadap warisan bangsa ialah kurangnya penghargaan terhadap nilai-nilai
estetika sejarah negara dan seni pertukangan nenek moyang. Kita dapati kerakusan
membina bangunan berciri moden telah hampir membenam keindahan seni bangunan
tradisional. Jarang-jarang kita lihat masyarakat membina bangunan yang dihiasi
ukiran budaya Melayu, Cina dan India. Sehinggakan pelbagai langkah diambil untuk
mengekalkan pengetahuan ini dalam minda masyarakat seperti mewujudkan Taman Mini
Malaysia di Air Keroh , Melaka. Di taman ini, barulah kita dapat mengenali rupa
bentuk rumah-rumah tradisional rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai
kaum dan etnik. Saudara pengerusi, itulah pendapat saya tentang perkara
ini.
Pengerusi: Terima kasih
Dato’. Begitulah pandangan-pandangan tajam daripada ahli-ahli panel kita .
Saudara penonton, memang tidak dapat dinafikan bahawa, warisan bangsa amat perlu
untuk dipelihara. Oleh itu, pelbagai usaha dilaksanakan bagi memastikan warisan
budaya kita terus mendominasi kehidupan masyarakat. Saya amat tertarik dan kagum
akan usaha Allahyarhamah Datin Seri Endon Mahmood, isteri Perdana Menteri kita,
yang berusaha gigih agar batik dan songket kembali segar dalam masyarakat.
Begitu juga usaha mantan Menteri Pertanian, Datuk Seri Sanusi Joned yang bekerja
keras mempopularkan makanan kampung iaitu ikan patin, ikan lampan, ikan talapia
dan ulam-ulaman. Di bawah pengawasan Kementerian Pertanian pada ketika itu,
pelbagai promosi dilakukan di hotel-hotel, di pasar-pasar tani dan pasar-pasar
malam.Selain itu, usaha gigih kerajaan Melaka mengekalkan bangunan-bangunan
bersejarah di Banda Hilir , Melaka amat disyukuri. Hal ini kerana, Banda Hilir
ialah mercu tanda sejarah negara kita. Semangat cinta akan negara sewajarnya
berkobar-kobar dalam jiwa setiap generasi apabila melihat kesan-kesan
peninggalan penjajah. Oleh itu, mulai hari ini, sama-samalah kita menghargai
warisan bangsa kita. Hanya bangsa yang kenal jati diri ialah bangsa yang
dihormati.
Sekian saja, rancangan SEMBANG PAGI. Saya sudahi dengan
assalamualai’kum. Sehingga jumpa lagi.