Karangan Pendapat - Isu Dadah

Apabila anda merdengar ungkapan “Enam Jahanam”, apakah yang
mungkin anda fikirkan ? Adakah itu judul sebuah filem klasik P. Ramlee atau
nama kumpulan penjenayah yang diburu oleh pihak polis ? Rupa-rupanya,
ungkapan itu merujuk kepada enam jenis dadah yang harus diberi perhatian
serius kerana penyalahgunaannya yang meluas – heroin, kokain, ecstasy,
kanabis, syabu dan morfin. Sewaktu melancarkan “Karnival Enam Jahanam”,
Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menyatakan bahawa isu
dadah di negara kitaberada pada tahap yang berbahaya. Oleh itu, kerajaan
mengisytiharkan dadah harus diperangi hingga ke akar umbi kerana dadah
merupakan musuh nombor satu negara.Apakah sebenarnya dadah ? Dadah yang
fungsi asalnya ialah bahan perubatan merupakan bahan kimia psikoaktif yang
mempunyai kesan ke atas sistem saraf pusat seperti menyebabkan keadaan
khayal, ketagihan dan gangguan tingkahlaku. Penyalahgunaanya yang
berterusan mendatangkan kerosakan kepada diri, keluarga, masyarakat dan
negara.
Pada akhir tahun 1960-an, negarakitamulaimengalamimasalah
dadahGolongan remajadipengaruhi oleh kebudayaan ‘hippie’ dan askar-askar
Amerikayangmelancong ke Pulau Pinang. Sebagai kesan daripada kedua
pengaruh tersebut, penagihan dadah telah merebak ke seluruh negara.
Golongan muda yang terlibat dalam penagihan dadah merupakan pemuda- pemudi harapan bangsa dan negaradan terjerumusnya mereka dalam alam khayalan ini mengakibatkanmereka bukan sahaja tidak berguna kepada masyarakatbahkan dirimereka sendiri. Memandangkanhakikat inilah, kerajaan telah mengambil sikap tegas terhadap pengedaran dadah, dan mengambillangkah-langkah yang perlu untuk melindungi rakyat termasuklah undang-undang yangamatketat. Tetapi, pengedaran dadah nampaknya tidak boleh diselesaikan dengan hanya peruntukan undang-undang seperti Akta Dadah
Berbahaya (Langkah-langkah Pencegahan Khas 1985) walaupun mereka yang
sabit kesalahan boleh dijatuhi hukuman mati mandatori.Oleh itu, kerajaan telah
melancarkan kempen antidadah di seluruh negara secara meluas. Namun demikian,tanggungjawab untuk memerangi dadah seharusnyakitapikul bersama. Tindakan pencegahan dadah yang berkesan memerlukan penglibatan semua golongan masyarakat. Pada zaman moden ini, golngan muda lebih bebas, terdedah kepada pengaruh asing dan mereka lebih mengutamakan pandangan rakan sebaya. Dengan ini, mereka mudah terlibat dengan kegiatan yang tidak sihat. Untuk disanjung oleh kawan, mereka
menunjukkan keberanian dengan menghisap rokok dan dadah. Sekali
merekabermula,makaamat sukar bagi mereka memberhentikan amalan
buruk ini.Masyarakat harus dididiksejak kecil lagi bahawa dadah itu najis,
benda yang kotor dan tidak boleh disentuh.Sekiranya kita berjaya menyemai
nilai ini dalamhatisanubarimereka, sebahagian daripada kejayaan
pencegahan dadah akan tercapai. Kitaharus sedar bahawa tindakan kita ke arah
matlamat mencegah penyalahgunaan dadah ini adalah untuk menyelamatkan
bukan sahaja keluarga kita sendiri bahkan generasi muda untukmewujudkan
satu bangsa yang bermaruah dan dihormati.
Sebahagian besar penagih-penagih dadah di negara kita terdiri daripada golongan remaja antara 15-29 tahun.Antarasebab-sebab utama
merekaini menjadi penagih ialah kerana keseronokan, sikap ingin tahu,
pengaruhpersekitaranterutamanya pengaruh rakan sebaya, tekanan emosi
disebabkan oleh sama ada kegagalan, tidak mendapat kasih sayangibubapa
atau kerana kemewahan. Hal ini menunjukkan, sekolah boleh memainkan
peranan penting dalam membasmi bencana dadah. Pada tahun 2005 ini,Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) telah melancarkan program pencegahan
penagihan dadah besar-besaran tahun ini dengan sasaran utama terhadap
golongan belia terutama pelajar sekolah. Program pencegahan merupakan usaha
terbaik bagi mengelak pertambahan jumlah penagih baru di negara ini. Menurut
laporan agensi itu, sehingga Oktober tahun 2004, daripada sejumlah 30,659
penagih dadah, sebanyak 15,292 orang adalah penagih baru manakala sebanyak
15,667 adalah penagih berulang. Data ini jelas menunjukkan kita perlu
bersungguh-sungguh dengan program pencegahan kerana program pemulihan
dan rawatan sukar menghalang penagih-penagih ini mengulangi kegiatan
mereka.
Kajian oleh Kementerian Kesihatan menunjukkan kegiatan penagihan
dadah lazimnya bermula dengan tabiat menghisap rokok. Ini kerana tabiat
ketagihan dihasilkan oleh unsur nikotin dalam rokok. Apabila merasakan rokok
tidak memberi kepuasan, mereka beralih kepada ganja dan sekiranya ganja juga
tidak memberi keseronokan, mereka akan beralih kepada heroin
dan morfin. Jelasnya, pencegahan tabiat merokok juga penting dalam memerangi
najis dadah kerana implikasinya terhadap dorongan untuk mendapatkan
dadah.Masyarakat harus sama-sama menyedari akan kesan pengambilan dadah.
Dengan berfikiran rasional,mereka tentu tidak sanggup menerima risikonya
yang menakutkan. Antara kesan-kesannya ialah mendapat penyakit meningitis,
penyakit jangkitan jantung, AIDS, Hepatitis B, C, dan D, kerosakan buah
pinggang, otot-otot badan mengecut dan berkemungkinan lumpuh. Kesan fizikal
pula ialah apabila sekiranya bekalan dadah tidak diperoleh mereka akan berasa
keluh-kesah, gian, dan amat menderita. Jelasnya mereka akan berperang dengan
kematian kerana terdedah dengan penyakit terutamanya penyakit AIDS yang amat digeruni. Kesimpulannya, kita harus bertekad dengan keazaman yang tinggi untuk
memerangi dadah. Najis dadah akan kita kuburkan dan wujudlah suasana dadah
sifar. Marilah kita sama-sama menghapuskan najis dadah yang
“menjahanamkan” masyarakat daripada terus hadir di Malaysia.Kita tiada
pilihan melainkan hanya satu slogan di hati dan di minda pada setiap masa iaitu
“Perangi Dadah Habis-Habisan”.