KARANGAN PMR 1 : BENCANA ALAM
Bencana
alam terutama banjir begitu kerap berlaku di negara ini terutama ketika musim
hujan. Bukan sahaja harta benda musnah malah nyawa manusia turut
melayang.
Jelaskan punca-punca yang membawa kepelbagaian bencana alam
ini.
Sudah pasti kejadian bencana alam ini sesuatu takdir yang sudah
ditentukan oleh Tuhan. Namun dalam pada masa yang sama kita sebagai manusia
harus memikirkan pelbagai perkara yang membawa bencana ini menjadi semakin
meruncing kerana sama ada kita mahu mengaku atau tidak bencana alam ini akan
terus berlaku. Pemahaman terhadap punca-punca yang menjurus berlakunya bencana
ala mini berupaya menimbulkan tindakan yang mampu menghalang atau mungkin
mengawalnya lalu mengurangkan kadar kemusnahan harta benda dan korban manusia
pula. Jadi, wujud pelbagai faktor yang membawa berlakunya bencana alam
ini.
Punca yang ketara ialah bencana alam merupakan satu mala petaka yang
sudah menjadi lumrah dalam sejarah peradaban manusia. Kita sudah sedia maklum
dunia ini pasti akan mengalami gempa bumi, tsunami, kebakaran hutan dan juga
banjir serta tiupan angin kencang pada bila-bila masa sahaja. Kajian sains telah
membuktikan bahawa bumi ini memang senantiasa dalam proses perubahan meliputi
kejadian bencana alam itu. Maka, bencana alam berlaku kerana perkara itu
merupakan sesuatu fenomena biasa yang menimpa dunia ini sejak berkurun-kurun
lalu.
Namun, bencana alam juga boleh dicetuskan akibat kemusnahan alam
yang disebabkan oleh aktiviti harian terutama ekonomi manusia sejak
berdekad-dekad lamanya itu. Lihat sahaja kemusnahan hutan, udara, laut dan
sebagainya yang berlaku dengan begitu pantas terutama dalam era kemodenan
manusia ini berbanding dengan zaman purbakala pula. Kemusnahan yang sebegitu
sudah pasti akan membawa musibah yang tertentu kerana bumi ini walaupun luas
pasti mengambil masa untuk mengimbangi perubahan yang drastik sebegitu. Jadi,
bencana alam berlaku kerana dunia mengalami kemusnahan alam yang begitu pantas
sehingga dunia itu sendiri tidak mampu untuk mengawalnya.
Malah, bencana
alam juga berlaku akibat kegagalan manusia membuat perancangan. Kita semua sedia
maklum bahawa manusia sudah boleh meramal musim hujan, kejadian ribut taufan dan
juga memahami kejadian tsunami itu tetapi mengapakah angka kematian terus
meningkat? Jawapannya mudah sahaja kerana manusia gagal membuat perancangan
seperti memberitahu masyarakat lebih awal, membuat latihan untuk menghadapi
bencana atau tidak mempunyai piawaian pembinaan bangunan yang baik.
Sesungguhnya, kegagalan manusia untuk merancang atau bekerjasama memberikan satu
persepsi bahawa kita memandang rendah keupayaan bencana ala mini atau menganggap
nilai nyawa manusia itu tidak bernilai lalu membiarkan sahaja bencana alam
berlaku begitu sahaja.
Malah, kejadian bencana alam kini mula dikaitkan
dengan pemanasan global yang dikatakan menjadi sesuatu perkara lazim dalam
peredaran usia bumi ini. Kajian saintis telah membuktikan bahawa bumi ini pasti
akan mengalami satu perubahan yang drastik dalam iklim global dunia dalam tempoh
masa tertentu. Semua bukti kajian lalu mengesahkan bahawa bencana alam merupakan
sesuatu perkara yang akan, sedang dan terus berlaku di dunia ini. Oleh itu,
bencana alam turut berlaku akibat perubahan iklim dunia yang dikaitkan dengan
fenomena pemasan global.
Kesimpulannya, bencana alam berlaku berdasarkan
pelbagai punca seperti yang dihuraikan tadi. Semua faktor ini saling berkait
lalu menjadikan bencana alam itu begitu kritikal terutama apabila mengorbankan
ribuaan nyawa dengan sekelip mata. Kita perlu sedar dan cuba membantu untuk
memulihkan semula alam sekitar kerana itulah jawapan kepada penyelesaian bencana
alam ini. Peribahasa hendak buat seribu daya tak hendak seribu dalih menjadi
renungan kepada kita semua dalam menangani kemelut ini.