BAB 1 : Kedudukan Strategik Mendorong Penguasaan British

1. Syarikat Hindia Timur Inggeris (SHTI) membantu kerajaan Britain
I.meluaskan tanah jajahan
II. menawan Perancis
III. menjalankan perdagangan
IV. menjalankan penyelidikan
A.I dan IV
B.II dan III
C.I dan III
D.III dan IV

2. Pulau Pinang di bawah naungan kerajaan…
A. Siam
B. Melaka
C. Johor
D. Kedah

3. Pulau Pinang berpotensi dijadikan sebagai…
I.pusat perlombongan bijih timah
II. pelabuhan persinggahan
III. pengkalan tentera
IV.pusat pengumpulan barang
A.I dan II
B.I dan III
C.I, II dan IV
D.II, III dan IV

4. Kerajaan Kedah merupakan sebuah kerajaan…
A. Maritim
B. Agraria
C. Melayu Lama
D. Timur

5. Kerajaan Kedah menghadapi masalah perebutan takhta berikutan
A.pergaduhan antara pembesar
B.Sultan Muhammad Jiwa tidak mempunyai pewaris
C.pelantikan Raja Abdullah sebagai Raja Muda
D. hasutan British

6. Apakah maksud anak gahara?
A.anak angkat yang paling disayangi sultan
B.anak yang dilahirkan oleh isteri sultan yang berketurunan diraja
C.menantu sultan yang paling sulung
D.anak yang bukan dilahirkan oleh isteri sultan yang berketuru
nan diraja