MENGHAYATI BULAN RAMADHAN
- Pengertian
- dari segi syarak bulan rahmat yang diwajibkan berpuasa padanya.
- dinamakan juga shahrun mubarakun [bulan yang penuh dengan keberkatan]
- Keistimewaan bulan ramadhan
@ terdapat malam lailatul qadar, iaitu satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan
@ bulan khas untuk umat Islam menunaikan ibadat puasa
@ amalan kebajikan yang dilakukan akan dibalas dengan ganjaran yang amat besar
@ terdapat solat sunat tarawikh yang besar pahalanya di sisi Allah S.W.T
@ doa dikabulkan dan dosa diampunkan
- Amalan utama dalam bulan ramadhan
- membaca Al-Quran sendirian atau beramai-ramai (tadarus)
- Cara : membaca dengan betul, menyemak dan memahami maknanya sekali
- Fadhilat : dapat menenangkan jiwa dan menjauhkan diri daripada gangguan syaitan serta Al-Quran akan memberi syafaat di akhirat.
@ solat sunat tarawikh
- solat sunat yang dikerjakan selepas solat fardhu Isyak dalam bulan Ramadhan
- dilakukan dua rakaat satu salam sebanyak 8 atau 20 rakaat dan sebaiknya secara berjemaah
- Fadhilat : diampunkan dosa yang lalu dan mengukuhkan hubungan silaturahim
@ bersedekah
- mendermakan sesuatu harta kerana Allah S.W.T kepada orang yang memerlukan bantuan dengan hati yang ikhlas
- Fadhilat : dapat menampung kecacatan puasa, pahala yang berlipat ganda dan dijauhkan azab neraka
@ iktikaf, berzikir, bertafakur dan solat tahajud