Perpustakaan ialah sejenis kemudahan yang mempunyai banyak faedah kepada setiap individu.perpustakaan merupakan sebuah gedung ilmu kerana kita dapat membaca dan meminjam buku untuk mendapat maklumat,menambah ilmu pengetahuan di sana. Oleh itu,perpustakaan sepatutnya dikunjungi oleh murid-murid untuk mengamalkan amalan membaca buku.Di dalam perpustakaan mempunyai pelbagai jenis bahan bacaan seperti buku rujukan,majalah,ensiklopedia dan sebagainya yang boleh dibaca dan dimanfaatkan.Malangnya,perpustakaan semakin jarang dikunjungi pada zaman ini.
Kebanyakan generasi muda terdedah daripada perkara yang negatif berbanding dengan perkara yang positif.Mereka lebih gemar mengunjungi pusat beli-belah,"cybercafe",pusat permainan dan lain-lainya.Mereka juga menganggap perpustakaan sebagai tempat yang membosankan,mereka lebih suka akan suasana yang hingar-bingar daripada suasana yang aman damai.
Demi menyelesaikan masalah yang serius ini,kita perlu mengambil inisiatif kepada murid-murid agar mereka lebih kerap mengunjungi perpustakaan.pelbagai pertandingan yang berkaitan perpustakaan boleh diadakan oleh pihak sekolah.Misalnya,kuiz tentang perpustakaan,pertandingan membaca buku dan sebagainya.
Selain itu,guru-guru juga patut berganding bahu untuk meningkatkan bilangan murid ke perpustakaan.Pihak sekolah boleh mengadakan minggu perpustakaan dan harus bekerjasama menceriakan perpustakaan.Peranan pustakawan juga amat penting dalam menceriakan perpustakaan.Oleh itu,para perpustakawan perlu lebih ektif melaksanakan tugas seperti mengemas buku,menyusun kerusi,membersihkan tempat perpustakaan dan sebagainya.Aktiviti menceriakan perpustakawan yang dilakukan oleh pustakawan akan menarik murid ke perpustakaan kerana kawasan yang selesa dapat menyenang hati mereka.Mereka dapat mengunjungi perpustakaan untuk mengulang kaji pelajaran atau meminjam buku dalam kawasan yang bersih.
Di samping itu,perpustakaan perlu dilengkapi pelbagai jenis bahan bacaan terkini dan menyediakan kemudahan lain seperti alat pendang dengar dan sebagainya.Pelajar akan terbuka hati untuk mengunjungi perpustakaan pada masa yang terluang.Masa itu emas,kita patut berasa seronok apabila mengunjungi perpustakaan daripada berpeleseran tanpa tujuan.
Kesimpulannya,pihak sekolah perlu menggalak murid-murid mengunjungi perpustakaan.Perpustakaan yang ceria akan menjadi tumpuan murid-murid sekiranya dilengkapi dengan pelbagai kemudahan yang mesra pengguna.Pelajar harus memanfaatkan kemudahan tersebut dengan sebaik-baiknya,terutama untuk meningkatkan ilmu pengetahuan.