ADAB DAN AKHLAK ISLAMIAH

NIKMAT DAN MUSIBAH UJIAN KEHIDUPAN 

  • Nikmat ialah semua bentuk kesenangan,keperluan dan keselesaan yang diterima oleh seseorang seperti kesihatan, makanan, tempat tinggal dan keamanan.
  • Musibah ialah semua bentuk kesusahan, halangan dan kesulitan yang dihadapi oleh seseorang seperti kesakitan, kelaparan dan kematian. 
        
          * Adab menerima nikmat * 
  • Bersyukur 
  • - melalui hati : yakin bahawa nikmat yang diterima ialah kurniaan Allah dan akan disoal di hari akhirat.
  • - melalui lisan : memuji Allah S.W.T dengan menyebut alhamdulillah.
  • - melalui perbuatan : menggunakan nikmat Allah S.W.T dengan cara yang terbaik dan bermanfaat.
  • melakukan sujud syukur.
  • bersedekah.
  • tidak menunjuk-nunjuk.       

             * Akibat tidak bersyukur kepada Allah *
  • Allah S.W.T akan menarik balik nikmat yang diberi.
  • Akan dipandang hina.
  • Individu, masyarakat dan negara menjadi mundur.
  • Akan terima azab Allah S.W.T di hari akhirat.
  • Hidup dalam kesempitan.

            * Adab ketika menerima musibah *
  • Tidak mudah berputus asa.
  • Sabar dan tabah.
  • Cari jalan penyelesaian.
  • Berdoa dan bertawakal.
  • Beristighfar memohon ampun daripada Allah.

        * Kelebihan beradab ketika menerima musibah daripada Allah *
  • Mendapat keampunan dan rahmat Allah S.W.T.
  • Keimanan bertambah.
  • Mendapat kejayaan di dunia dan di akhirat.