TAKUT HANTU ATAU TAKUT ALLAH

Apa salahnya jika filem-filem dalam Malaysia merakamkan filem yang berkaitan nasihat dan pedoman yang baik kepada masyarakat bukan membawa cerita yang berkaitan tahyul dan cerita kurafat seperti filem hantu. Sebenarnya dalam Al-Quran tidak ada pula ayat yang menyebutkan hantu ini ada di dunia, Cuma disebutkan jin dan manusia. Dalam hadis pula ada dinamakan syaitan, iblis dan jin. Tidak ada pula menyebutkan hantu. Saya tegaskan di sini, sebenarnya tidak ada hantu dalam dunia ini, kemungkinan yang menjelma itu adalah roh manusia yang tidak diterima oleh langit kerana mereka banyak hutang dan amalan tidak baik dan sebagainya. Sebenarnya yang dinamakan hantu itu adalah roh yang tidak diterima, jin, iblis dan syaitan yang menjelema sebagai makhluk yang paling huduh dan menakutkan sehingga ramai manusia mengatakan hantu menurut pendapat saya.

Sejak dari kecil lagi anak-anak diracuni dengan adanya hantu, jadi budak tersebut sehingga besar takut dengan hantu, kerana ibu bapanya sering menakutkannya dengan hantu. Ada pula yang mengkategorikan hantu itu seperti hantu pocong, puntianak, jelangkong, juuon dan sebagainya. Apa kata, sejak anak itu kecil lagi diasuh dengan takut kepada Allah, saya rasa sampai besar budak tersebut akan takut kepada Allah. Contohnya “mamat jangan ambil barang orang, nanti tuhan murka dan diazab dengan azab api neraka”.

Allah anugerahkan sifat takut kepada manusia supaya manusia sentiasa takut kepada Allah dengan cara tidak melakukan perkara-perkara dosa atau perkara-perkara yang dilarang oleh Allah. Tetapi malangnya manusia sekarang ini terbalik, tidak takut kepada Allah dan mereka hanya takut kepada hantu dan kuasa-kuasa ghaib selain dari Allah. Contohnya “jangan lalu dekat pokok besar ini sebab ada penunggu, nanti penunggu itu isap darah awak”, Cuba kita fikir, kalau seseorang itu hanya takutkan Allah, maka dia berkeyakinan bahawa makhluk halus itupun milik Allah dan tidak perlu takut kepadanya. Jika dibekali dengan keimanan yang kuat dan keyakinan yang teguh kepada Allah, maka hantu (makhluk halus) juga akan takut kepada anda disebabkan anda mempunyai kekuatan rohani yang kuat. Hantu dan Jin takut kepada orang yang kuat ibadah dan kuat keyakinannya kepada Allah.

Allah sering menguji manusia dengan berbagai keadaan, seperti manusia takutkan hantu, takutkan miskin, takut penyakit dan macam-macam takut lagi. Firman Allah yang bermaksud :

“Dan pastinya Kami akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan dan kekurangan harta, jiwa dan hasil buah-buahan. Dan berikanlah khabar gembira kepada mereka yang sabar” (Al-Baqarah 2: 155)

Nasihat saya, janganlah takut selain dari Allah, kerana Allah yang Maha Besar dan Maha Berkuasa, Jin, Iblis, Manusia dan alam ini adalah milik Allah. Jika takut selain dari Allah, seolahnya ada kuasa lain yang lebih kuat dari Allah dan hal ini boleh menyebabkan syirik kepada Allah. Malah ada pula yang minta pertolongan selain dari Allah, seperti minta kepada jin melalui bomoh atau dukung untuk memiliki sesuatu, maka perbuatan ini juga dinamakan syirik kepada Allah. Bertaubatlah kepada Allah dengan beristiqfar dan taubatlah dengan taubat nasuha. Boleh menonton filem hantu, tetapi janganlah takut kepada hantu pulak. Hantu tidak akan bunuh manusia sepertimana yang digambarkan dalam filem-filem tersebut, itu semua adalah karut, kurafat dan tahyul belaka untuk melariskan filemnya.
____________________________________________________________


COPY FROM : BLOG USTAZ NOR AMIN
( Wan Alia )