BAHAYA BERHUTANG


KEADAAN umat Islam semakin memilukan apabila aktiviti berhutang menjadi asas kehidupan masyarakat hari ini. Ia mungkin tidak pelik bagi yang tidak berkemampuan, tetapi menjadi kaedah dan teknik terbaik (sebagaimana didakwa) bagi mencapai keuntungan serta mengekalkan kekayaan sesebuah syarikat atau individu.

Maka lahirlah ramai individu yang mampu membuat pembayaran secara tunai tetapi suka berhutang dalam membeli kereta dan rumah. Hujah mereka mudah, iaitu jika membayar secara tunai mereka akan rugi.

Ini satu fenomena kurang sihat, tapi dianggap sihat oleh masyarakat hari ini. Ia berpunca daripada kurangnya maklumat mengenai bahaya hutang dalam keadaan berkemampuan.

Dalam konteks semasa, kita dapat melihat bagaimana ramai peminjam enggan membayar hutang pengajian, rumah, kereta dan syarikat mereka hingga ada yang lebih rela diisytiharkan muflis asalkan tidak perlu membayar hutang menimbun. Ia kelihatan enak untuk tidak membayar hutang di dunia, tetapi pasti akan menjadi malapetaka di akhirat.

Minggu ini, sama-sama kita pelajari pandangan Islam dalam hal hutang. Nabi Muhammad SAW bersabda :

“Diampunkan semua dosa bagi orang mati yang terkorban syahid, kecuali jika dia mempunyai hutang (kepada manusia).” (Riwayat Muslim)

Lebih buruk lagi, ada individu yang meminjam dengan niat untuk tidak memulangkan kembali. Sebagaimana sabda Rasulullah :

“Barang siapa meminjam harta orang lain dengan niat ingin mengembalikannya, Allah akan mengembalikan pinjaman itu, namun siapa yang meminjamnya dengan niat ingin merugikannya, Allah akan merugikannya.” (Riwayat Al-Bukhari)

Baginda kerap mengajar umat Islam supaya berdoa dilepaskan daripada hutang :

“Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu daripada dosa dan hutang.” Lalu baginda ditanya: “Mengapa engkau sering meminta perlindungan daripada hutang, wahai Rasulullah?” Baginda menjawab: “Jika seseorang berhutang, apabila berbicara dia dusta, apabila berjanji dia mengingkari.” (Riwayat Al-Bukhar)

Ini jelas aktiviti berhutang kurang sihat menurut pandangan Islam. Justeru, kita sewajarnya menjauhinya semampu boleh.

Beberapa cadangan di bawah perlu difikirkan demi memastikan tanggungan dan beban hutang kita dikecilkan. Ia seperti berikut :

Kad kredit

Jauhkan diri daripada menggunakan kad kredit. Selain isu riba yang hampir dengan kad kredit, ia menggalakkan hutang secara berlebihan. Malah, jika seseorang ingin menggunakannya, dinasihatkan supaya digunakan untuk memudahkan urusan pada saat yang benar-benar terdesak. Adalah lebih baik menggunakan ‘charge card’ atau ‘debit card’ saja. Jauhkan diri daripada ketagihan penggunaan kad kredit.

Pinjaman peribadi

Ini satu lagi produk yang boleh mengakibatkan penyakit ketagihan duit di kalangan masyarakat. Perlu disedari, seluruh jenis pinjaman peribadi secara konvensional diharamkan oleh Islam dengan sepakat seluruh ulama. Cuma hari ini, ada beberapa bank Islam dan perbankan Islam menawarkan pinjaman (pembiayaan) peribadi secara Islam.

Sebagai makluman, tidak semua bank Islam menawarkannya kerana produk ini berlandaskan konsep ‘bai inah’ (jual dan beli semula antara dua pihak sama). Konsep ini sangat kontroversi dan ditolak kebanyakan ulama Timur Tengah, namun ia diterima ulama Malaysia dan Brunei.

Apapun, kebiasaannya kadar dikenakan tinggi. Oleh itu, penggunaannya tanpa keperluan yang sangat mendesak perlu dikurangkan atau dihapuskan terus demi mengurangkan beban hutang yang ditanggung.

Perumahan dan kereta

Dua item ini mungkin keperluan asas bagi kebanyakan individu. Bagi saya, seelok-eloknya hutang peribadi kita dihadkan kepada dua jenis ini saja. Itupun mesti menilai kemampuan kewangan dengan sebaik-baiknya supaya tidak mendedahkan diri kepada bahaya ketidakmampuan membayar hutang. Sebarang pinjaman kereta dan rumah secara konvensional disepakati haram oleh seluruh ulama dunia.

Umrah dan haji sunat (kali kedua)

Haji sememangnya wajib bagi umat Islam yang berkemampuan daripada segi fizikal dan kewangan. Bagaimanapun, yang wajib hanya sekali. Justeru, umat Islam perlu memahami keutamaan atau ‘awlawiyyat’ di dalam pengendalian wang peribadi.

Menurut Islam, menggunakan wang yang diperuntukkan untuk ke umrah dan haji kali kedua lebih baik dan besar pahalanya jika disalurkan bagi melupuskan pembayaran hutang peribadi.

Malangnya, ketidakfahaman umat Islam hari ini menyebabkan mereka kerap mendahulukan sesuatu yang kurang penting berbanding yang lebih penting.
__________________________________________
 
COPY FROM : BLOG USTAZ NOR AMIN
( Wan Alia )

ADAP BERGURAU DALAM ISLAM


KEHIDUPAN zaman ini memaksa manusia mengejar masa serta menyelinap segenap ruang yang ada bagi memenuhi tuntutan rohani dan material menyebabkan kurangnya waktu diperuntukkan untuk bersantai menjalin hubungan silaturahim sesama sendiri.

Usahkan dengan jiran tetangga, malah ahli keluarga sendiri pun ada kalanya payah untuk bergurau senda. Ada kala lucu pula apabila mengingatkan betapa pergerakan manusia hari ini terbatas oleh tuntutan tanggungjawab melampaui masa yang ada.

Justeru, ramai yang memaksimumkan manfaat hubungan maya untuk melanjutkan komunikasi dan bertanya khabar. Malah, ada ibu bapa yang hanya sempat bertegur sapa dengan anak di laman sosial saja.

Penulis tidak bermaksud melanjutkan bicara mengenai komunikasi era ini, tetapi naluri manusia memerlukan gurau senda untuk mengeratkan hubungan baik dan merapatkan silaturahim. Bukan saja mengelakkan kesunyian, gurau senda juga memudahkan komunikasi, membuatkan bicara tidak formal.

Walaupun gurau senda membantu menguatkan kasih sayang, ia juga boleh meranapkan silaturahim jika gurau senda menyebabkan ada pihak berkecil hati. Ada antara kita bergurau tanpa menyedari ada hati terluka.

Sebab itu banyak contoh ditonjolkan oleh Rasulullah SAW kepada sahabat mengenai gurau senda yang membuatkan orang ketawa dan berkisar kepada perkara yang benar. Rasulullah SAW tidak mencipta kisah lucu yang sia-sia semata-mata untuk membuatkan orang ketawa kerana Baginda takut ketawa menyebabkan umat Islam lalai daripada mengingati Allah. Rasulullah SAW bersabda yang mafhumnya :


“Dari Abi Hurairah, Rasulullah SAW bersabda: Janganlah kamu banyak ketawa kerana sesungguhnya banyak ketawa itu mematikan hati.”
(Hadis riwayat Al-Imam At-Tirmidzi)

Jangan berlebihan dalam bergurau senda sehingga menyebabkan ada orang terasa dirinya diaibkan atau dijadikan misalan sehingga memalukan dirinya. Sebaliknya, gurau senda dijadikan salah satu cara menghiburkan hati yang lara atau menyenangkan orang berduka.

Tetapi perlu diingat, gurau senda itu mestilah berkenaan perkara yang benar. Gurauan boleh menyebabkan seseorang mendapat pahala atau dosa.

Contohnya, jika gurauan boleh menyenangkan hati, mengeratkan silaturahim dan perpaduan serta kasih sayang, maka gurauan itu menjadi perbuatan baik yang diganjarkan dengan pahala dari Allah SWT.

Sebaliknya jika gurauan menjadi alasan untuk menyakitkan hati seseorang, ia sudah tentu menjadi perbuatan yang dikutuk Allah SWT. Jangan pula tabiat bergurau senda untuk menyakitkan hati orang lain menjadi kebiasaan menyebabkan seseorang itu tiada rasa bersalah mengutuk atau menghina. Firman Allah yang bermaksud :


“Wahai orang beriman! Janganlah sesuatu puak daripada lelaki mencemuh t2.gstaticdan merendah-rendahkan puak lelaki lain kerana harus puak dicemuh itu lebih baik daripada mereka dan janganlah pula sesuatu puak daripada perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan perempuan lain kerana harus puak yang dicemuh itu lebih baik daripada mereka, dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengah yang lain dan janganlah kamu panggil memanggil antara satu sama lain dengan gelaran yang buruk. Seburuk-buruk panggilan ialah panggilan buruk sesudah dia beriman dan ingatlah sesiapa yang tidak bertaubat daripada perbuatan fasiknya maka merekalah orang yang zalim.”
(Al-Hujuraat, ayat 11)

Contoh paling baik ialah gurauan Rasulullah SAW kerana Baginda masih mengekalkan had dan batasan antara lelaki dan wanita serta menyelitkan unsur nasihat bertujuan mengingatkan manusia kepada Allah.

Sudah tentulah gurau senda tetap tidak mengizinkan perlakuan tidak manis antara lelaki dan wanita, seperti menyebut perkataan memalukan mana-mana pihak, menghina atau meniru suara atau kata-kata orang lain dengan niat merendah-rendahkan atas faktor perbezaan jantina.

Antara senda gurauan Rasulullah SAW seperti diceritakan al-Hasan, seorang perempuan tua datang kepada Rasulullah SAW dan berkata :

“Wahai Rasulullah! Berdoalah kepada Allah SWT supaya aku dapat masuk syurga. Maka Rasulullah SAW bersabda: Wahai ibu pulan! Sesungguhnya orang tua tidak boleh masuk syurga. Lalu menangislah si perempuan tua itu."
Dengan segera Rasulullah SAW bersabda :
"Khabarkan kepada perempuan itu sesungguhnya dia tidak akan masuk syurga dalam keadaan dia tua.” Lalu dibacakan firman Allah SWT yang maksudnya: “Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri mereka dengan ciptaan istimewa serta Kami jadikan mereka sentiasa dara, yang tetap menjadi jodohnya serta sebaya umurnya.”

_____________________________________________
 
COPY FROM : BLOG USTAZ NOR AMIN
( Wan Alia )

BERBAKTI KEPADA KEDUA IBU BAPA

Berbicaralah kepada orang tuamu dengan sopan santun, janganlah mengucapkan ‘ah’ kepada mereka, jangan herdik mereka dan berkatalah kepada mereka dengan ucapan yang baik. TaatilAH selalu kedua orang tuamu selama tidak dalam maksiat, kerana tidak ada ketaatan pada makhluk yang bermaksiat kepada Allah. Berlemah-lembutlah kepada orang tuamu, jangan bermuka masam di depannya, dan janganlah membentak mereka dengan marah.

Jaga harta benda, kehormatan dan nama baik kedua orang tua. Dan janganlah mengambil sesuatu pun tanpa seizin keduanya. Lakukan hal-hal yang meringankan keduanya meskipun tanpa perintah seperti berkhidmat, membelikan beberapa keperluan dan bersungguh-sungguh dalam mencari ilmu. Segeralah penuhi panggilan mereka dengan wajah yang tersenyum sambil berkata : ada apa, mama! Atau, ada apa bapakku sayang! Hormati kawan dan sanak saudara mereka ketika mereka masih hidup dan sesudah mati. Jangan bantah mereka dan janganlah persalahkan mereka, tetapi usahakan dengan sopan dalam menjelaskan perkara yang benar. Jangan masuk ke tempat mereka kecuali setelah mendapat izin terutama pada waktu tidur dan istirehat mereka.

Jangan berbohong dengan mereka dan janganlah cela mereka jika mereka berbuat yang tidak menarik anda. Jangan utamakan isterimu atau anakmu atas mereka. Mintalah restu dan redha mereka sebelum melakukan segala sesuatu, kerana redha Allah terletak pada redha kedua orang tua dan kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan mereka. Kunjungilah kedua orang tuamu ketika masih hidup dan sesudah mati, bersedekahlah atas nama mereka dan berbanyakkan doa untuknya.

Jika anda tergoda untuk merokok, maka jangan merokok di depan mereka. Perbanyak melakukan kunjungan kepada kedua orang tua dan memberi hadiah, sampaikan terima kasih atas pendidikan dan jerih payah mereka, dan ambillah pengajaran dari anak-anakmu dan kesulitan-kesulitan selama bersama mereka.

Jika kamu sudah mampu mencari rezeki maka bekerjalah dan bantulah orang tuamu. Janganlah jadi biawak hidup…. Kedua orang tuamu mempunyai hak atas kamu, dan isterimu mempunyai hak atas kamu, maka berilah hak mereka. Jika keduanya berselisih, usahakanlah kamu pertemukan mereka dan berilah masing-masing hadiah secara diam-diam. Jika ayahmu bertengkar dengan isterimu, maka bertindaklah bijaksana, dan beri pengertian kepada isterimu bahawa kamu berpihak padanya jika dia benar, hanya kamu terpaksa harus menyakinkannya.

Jangan kikir untuk menginfakkan harta kepada mereka sampai mereka mengadu padamu dan itu merupakan kehinaan bagimu dan itu akan kamu dapatkan balasannya dari anak-anakmu. Apa yang kamu perbuat akan mendapat balasan. Doa orang tua untuk kebaikan dan kejelekkan diterima Allah, maka hati-hatilah terhadap doa mereka untuk kejelekkan. Diantara dosa-dosa besar adalah cacian seseorang terhadap kedua orang tuanya. Mencaci ayahnya sendiri, mencaci ibu orang lain maka ia mencaci ibunya sendiri.


________________________________________________

COPY FROM : BLOG USTAZ NOR AMIN
( Wan Alia )

MASA & WAKTU MUSTAJABNYA DOA

Allah memberikan setiap waktu dengan keutamaan dan kemuliaan yang berbeza-beza, di antaranya ada waktu-waktu tertentu yang sangat baik untuk berdoa, akan tetapi kebanyakan orang mensia-siakan kesempatan yang baik tersebut. Mereka menyangka bahawa seluruh waktu memiliki nilai yang sama dan tidak berbeza. Setiap muslim seharusnya memanfaatkan waktu-waktu yang utama dan mulia untuk berdoa agar mendapatkan kejayaan, keuntungan, kemenangan dan keselamatan. Adapun waktu-waktu mustajaba tersebut antara lain ialah

Sepertiga Akhir Malam

Dari Abu Hurairah Radhiyallahu 'anhu bahawasanya Rasulullah saw bersabda :

"Sesungguhnya Rabb kami yang Maha Berkah lagi Maha Tinggi turun setiap malam ke langit dunia hingga berbaki sepertiga akhir malam, lalu berfirman ; barangsiapa yang berdoa, maka Aku akan kabulkan, barangsiapa yang memohon, pasti Aku akan perkenankan dan barangsiapa yang meminta ampun, pasti Aku akan mengampuninya" . (Riwayat Al-Bukhari)
Tatkala Berbuka Puasa Bagi Orang Yang Berpuasa

Dari Abdullah bin 'Amr bin 'Ash Radhiyallahu 'anhu bahawa dia mendengar Rasulullah saw bersabda :

"Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa ketika saat berbuka ada doa yang tidak ditolak". (Riwayat Ibnu Majah)
Setiap Selepas Shalat Fardhu

Dari Abu Umamah, sesungguhnya Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam ditanya tentang doa yang paling didengari oleh Allah swt, baginda saw menjawab :

"Di pertengahan malam yang akhir dan setiap selesai shalat fardhu". (Riwayat At-Tirmidzi)
Ketika Saat Perang Berkecamuk

Dari Sahl bin Sa'ad ra bahawa Rasulullah saw bersabda :

"Ada dua doa yang tidak tertolak atau jarang tertolak ; doa ketika saat adzan dan doa ketika perang berkecamuk". (Riwayat Abu Daud)
Sesaat ketika Hari Jum'at

Dari Abu Hurairah ra Rasulullah saw bersabda :

"Sesungguhnya pada hari Jum'at ada satu saat yang tidaklah bertepatan
seorang hamba muslim shalat dan memohon sesuatu kebaikan kepada Allah melainkan akan diberikan padanya, beliau berisyarat dengan tangannya akan sedikitnya waktu tersebut". (Riwayat Al-Bukhari)

Waktu yang sesaat itu tidak boleh diketahui secara tepat dan masing-masing riwayat menyebutkan waktu tersebut secara berbeza-beza, sebagaimana yang telah disebutkan oleh Ibnu Hajar di dalam Fathul Bari 11/203.

Dan kemungkinan besar waktu tersebut berada ketika saat imam atau khatib naik ke mimbar sehingga selesai shalat Jum'at atau sehingga selesai waktu shalat ashar bagi orang yang menunggu shalat maghrib.
Ketika Waktu Bangun Tidur Pada Malam Hari Bagi Orang Yang Sebelum Tidur Dalam Keadaan Suci dan Berdzikir Kepada Allah

Dari 'Amr bin 'Anbasah ra bahawa Rasulullah saw bersabda :

"Tidaklah seorang hamba tidur dalam keadaan suci lalu terbangun pada malam hari kemudian memohon sesuatu tentang urusan dunia atau akhirat melainkan Allah akan mengabulkannya" . (Riwayat Ibnu Majah)

Terbangun tanpa sengaja pada malam hari.(An-Nihayah fi Gharibil Hadits 1/190)
Yang dimaksudkan dengan "ta'ara minal lail" terbangun dari tidur pada malam hari.
Doa Di antara Adzan dan Iqamah

Dari Anas bin Malik ra bahawa Rasulullah saw bersabda :

"Doa tidak akan ditolak di antara adzan dan iqamah". (Riwayat Abu Daud)
Doa Ketika Waktu Sujud di Dalam Shalat

Dari Ibnu Abbas ra bahawa Rasulullah saw bersabda :

"Adapun pada waktu sujud, maka bersungguh-sungguhl ah berdoa keraan saat itu sangat tepat untuk dikabulkan". (Riwayat Muslim)

Yang dimaksudkan adalah sangat tepat dan layak untuk dikabulkan doa kamu.
Ketika Saat Sedang Hujan

Dari Sahl bin a'ad ra bahawasanya Rasulullah saw bersabda :

"Dua doa yang tidak pernah ditolak ; doa ketika waktu adzan dan doa ketika waktu hujan". (Mustadrak Hakim dan dishahihkan oleh Adz-Dzahabi
              2/113-114         2/113-114. Dishahihkan oleh Al-Albani dalam Shahihul Jami' No. 3078).

Imam An-Nawawi berkata bahawa penyebab doa pada waktu hujan tidak ditolak atau jarang ditolak ialah kerana pada saat itu sedang turun rahmat khususnya curahan hujan pertama di awal musim. (Fathul Qadir 3/340).
Ketika Saat Ajal Tiba

Dari Ummu Salamah bahawa Rasulullah 'alaihi wasallam mendatangi rumah Abu Salamah (pada hari wafatnya), dan beliau mendapati kedua mata Abu Salamah terbuka lalu Rasulullah saw memejamkannya kemudian bersabda :

"Sesungguhnya tatkala ruh dicabut, maka pandangan mata akan mengikutinya' . Semua keluarga histeria. Baginda 'alaihi wasallam bersabda : 'Janganlah kalian berdoa untuk diri kalian kecuali kebaikan, kerana para malaikat mengamini apa yang kamu ucapkan". (Riwayat Muslim)
Ketika Lailatul Qadar

Allah swt berfirman :

"Malam kemuliaan itu lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan. Malam itu penuh kesejahteraan sehingga terbit fajar". (Al-Qadr : 3-5)

Imam As-Syaukani berkata bahawa kemuliaan Lailatul Qadar mengharuskan doa setiap orang pasti dikabulkan. (Tuhfatud Dzakirin hal. 56)
Doa Ketika Hari Arafah

Dari 'Amr bin Syu'aib ra dari bapaknya dari datuknya bahawasanya Nabi saw bersabda :

"Sebaik-baik doa adalah pada hari Arafah". (Riwayat At-Tirmidzi)


__________________________________________________________

COPY FROM : BLOG USTAZ NOR AMIN
( Wan Alia )

GURU OH GURU


Tidak berguna manusia ini jika tiadanya guru yang sentiasa berusaha dan berazam untuk memberikan ilmu pengetahuan kepada semua anak muridnya. Hasil kejayaan, pembanggunan dan penghayatan Agama Islam itulah berasal dari titik peluh dan pengorbanan guru. Sangat penting peranan guru di dalam kehidupan manusia ini. Untuk memastikan segala tarbiah atau didikan itu berkesan kepada muridnya, maka terlebih dahulu guru tersebut perlu ikhlas dalam perjuangan beliau. Setiap usaha dan pengajaran yang diajar kepada muridnya tidak mengharapkan apa-apa balasan selain dari keredhoan Allah. Ini penting untuk memastikan proses pendidikan itu mencapai tujuan yang telah ditetapkan sepertimana yang terkandung dalam firman Allah yang bermaksud :

“Bacalah (Wahai Muhammad) Dengan nama Tuhanmu Yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku, Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah, Yang mengajar manusia melalui Pena dan tulisan, Ia mengajarkan manusia apa Yang tidak diketahuinya.” (Al-Alaq : 1-5)

Pada suatu malam, ketika baginda sedang bertafakur di Gua Hira, Malaikat Jibril datang kepada Nabi Muhammad. Jibril menyampaikan wahyu Allah dan meminta Baginda membaca. Baginda menjawab, "Saya tidak tahu membaca". Jibril mengulangi lagi kali kedua meminta Baginda untuk membaca tetapi jawapan baginda tetap sama. Pada kali ketiga Baginda dapat membaca dengan menyebut :
"Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dengan nama Tuhanmu yang Amat Pemurah, yang mengajar manusia dengan perantaraan (menulis, membaca). Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya."


Rasulullah juga telah diajar dari gurunya yang bernama Malaikat Jibril yang menjadi wakil dari Allah untuk mengajar dan menurunkan wahyu kepada Rasulullah saw. Jelas di sini, guru merupakan tunggak utama dalam memberikan input dan pengetahuan kepada manusia, jika tiada guru maka kemajuan dan teknologi tidak akan dimiliki seperti yang terdapat sekarang ini.

Sebab itulah Islam sangat menuntut umatnya supaya menuntut ilmu, kerana ilmu sangat penting di dalam pekerjaan ibadah atau pekerjaan harian. Orang yang tidak memiliki ilmu akan mudah dipesongkan dan mudah ditipu oleh manusia yang jahat atau syaitan. Ramai orang terikut dengan ajaran sesat sebab mereka tidak memperolehi ilmu yang mencukupi. Sebab itulah ilmu perlu dituntut dengan guru yang mursyid dalam bidang-bidang tertentu supaya tidak berlakunya kesesatan.

Bagi orang yang telah berjaya, jangan anda lupakan guru-guru anda yang telah mendidik dan memberikan ilmu kepada anda, pepatah melayu mengatakan : “tanpa mereka siapalah anda”. Dalam pendidikan ini perlu adanya keberkatan dan keredhoan Allah dan guru, kalau tiada keberkatan nescaya ilmu yang dimiliki tidak akan ke mana.

Tidak semestinya menghargai guru itu dengan memberikan hadiah, bayaran, pujian atau sebagainya. Cukuplah dengan hanya berdoa dan menghargai segala ilmu yang disumbangkan. Yang penting bagi seorang guru adalah melihat muridnya berjaya sepertimana yang dia idamkan. Bahagian hati seorang guru bila melihat muridnya adalah seorang insan yang bertaqwa, mempunyai akhlak yang baik, pekerjaan yang baik dan sebagainya. Hargailah guru anda semua, kerana peranannya sangat besar juga jika dibandingkan dengan pengorbanan ibu bapa kita semua.


_________________________________________


COPY FROM : BLOG USTAZ NOR AMIN
( Wan Alia )

BERTAKWALAH KEPADA ALLAH



Allah menjadikan manusia untuk beribadat kepadaNya. Ibadat dengan erti tunduk, patuh dan taat kepada perintah dan arahanNya. Ini semua bertujuan melahirkan manusia yang baik dan beriman kerana hanya manusia yang beriman dapat memakmurkan alam yang diciptakan Allah dengan kebaikan.

Sekiranya penghuni bumi beriman, bumi akan aman dan sebaliknya jika bumi dipenuhi orang-orang yang fasik nescaya ia akan berada di lembah kehancuran. Oleh itu bumi sangat perlu kepada orang-orang yang beriman dan bertakwa agar dapat terus dimanfaatkan oleh penduduknya.
Pengertian Takwa

Takwa merupakan masdhar (kata dasar/jadian) dari kata waqa’ yang berarti menghalangi diri dari segala hasrat biologis (Syahwat). Menjalankan segala perintah dan menjauhi segala larangan, khususnya hal-hal syubhat, lebih-lebih yang haram. Takwa mempunyai pengertian yang sangat luas dan banyak. Antara beberapa takrif takwa yang diberikan oleh ulamak ialah seperti berikut :
  1. Takut kepada azab Allah dengan melakukan amalan yang soleh, dan takut kepada Allah secara terang atau tersembunyi.
  2. Takwa juga adalah berhati-hati dalam melakukan sesuatu tindakan agar tidak melampaui batasan yang ditegah oleh Allah. Umar al-Khattab pernah bertanya kepada Ubay bin Ka’ab tentang takwa. Ubay berkata: “Pernahkah kamu berjalan di suatu jalan yang penuh berduri?” Jawab Umar: “Ya”. Tanya Ubay lagi: “Bagaimana kamu melaluinya?” Kata Umar: “Aku berhati-hati dan bersungguh-sungguh.” Lalu Ubay berkata: “Itulah makna takwa.”
  3. Menurut Umar bin Abdul Aziz bahwa takwa adalah meninggalkan segala yang diharamkan (dilarang) oleh Allah Ta’ala dan melaksanakan apa Yang diwajibkan.
  4. Saidina Ali Karamallahu Wajhah pernah mentakrifkan takwa sebagai ‘takut kepada Allah, beramal dengan al-Quran yang diturunkan, redha dengan kurniaan Allah walaupun sedikit, dan membuat persediaan untuk hari pembalasan.”
  5. Al-Tahanuwi mengatakan: “Takwa adalah kamu menghiasi batinmu untuk Allah sebagaimana kamu menghiasi zahirmu untuk makhluk.”
  6. Al-Taftazani pula menjelaskan takwa adalah menghindari diri daripada segala yang dikeji oleh syarak.
Kedudukan Takwa

Takwa mempunyai kedudukan yang tinggi dan istimewa dalam Islam. Banyak ayat al-Quran yang menyeru dan mendesak manusia supaya bertakwa kepada Allah swt Setiap minggu kaum muslimin diingatkan dalam khutbah Jumaat supaya bertakwa. Dengan peringatan berterusan yang sentiasa diberikan kepada orang yang beriman ini, maka ia menunjukkan bahawa betapa Allah swt sangat memberikan perhatian ke arah melahirkan mausia yang bertakwa. Allah swt juga mengingatkan manusia agar benar-benar bertakwa kepadaNya. Firman Allah swt :
“Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar takwa, dan janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan kamu seorang muslim.” (Ali Imran : 102)

Terdapat dua perkara penting yang menjelaskan kepada kita betapa besarnya kedudukan takwa dalam Islam iaitu:
Seruan Kepada Takwa Adalah Tugas Utama Para Rasul


Tugas semua rasul yang diutuskan oleh Allah ialah mengajak umat mereka bertakwa kepada Allah. Semenjak zaman nabi Adam ‘Alaihissalam dan nabi-nabi selepas itu sehinggalah kepada Nabi Muhammad saw, kesemuanya menyeru kaum mereka supaya bertakwa kepada Allah. Terdapat banyak ayat al-Quran yang menyebut tentang tugas ini. Antaranya ialah :

Firman Allah swt tentang kisah Nabi Nuh yang menyeru kaumnya supaya bertakwa kepadaNya selama 950 tahun :
“Kaum Nuh telah mendustakan para rasul,Ketika saudara mereka, Nuh berkata kepada mereka; mengapa kamu tidak bertakwa?” (Al-Syuara : 105-106)

Begitu juga kisah Nabi Hud as dengan kaum ad Baginda juga sentiasa menyeru kaumnya agar bertakwa kepada Allah swt :
“Kaum ‘Aad telah mendustakan para rasul.Ketika saudara mereka Hud berkata kepada mereka; Mengapa kamu tidak bertakwa?”
(Al-Syuara : 123-124)

Antara tujuan dan matlamat Allah swt menurunkan hukum dan syariat kepada para nabi ialah untuk membentuk masyarakat yang bertakwa. Jika takwa sudah menghuni dalam jiwa manusia, maka mereka tidak perlu lagi kepada pengawasan dan kawalan daripada sesiapa pun. Takwa mendorong seseorang melakukan kebaikan yang membuahkan hasil.
Kayu Pengukur Kualiti insan


Allah swt menjadikan takwa sebagai kayu ukur hubungan seseorang hamba denganNya. Jika seseorang itu bertakwa, bererti dia orang yang hampir dengan Allah swt, manakala orang yang tidak bertakwa, dia adalah orang jauh hubungannya dengan Allah swt. Firman Allah swt :
“Sesungguhnya orang yang paling mulia di kalangan kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa.” (Al-Hujurat : 13)

Allah tidak menilai seseorang berdasarkan rupa paras, harta atau kedudukan, sebaliknya takwa menjadi asas penilaian Allah terhadap kualiti seseorang insan. Allah juga menyebut bahawa takwa sebagai sebaik-baik bekalan yang perlu disediakan oleh manusia untuk bertemu denganNya di akhirat kelak. Tiada bekalan lain yang setanding dengan takwa. Firman Allah :

“Sediakanlah bekalan,sesungguhnya sebaik-baik bekalan adalah takwa” (Al-Baqarah : 197)

Di samping itu, takwa juga menjadi pakaian terbaik untuk perhiasan hidup manusia di dunia ini kerana orang yang bertakwa bukan sahaja mulia di sisi Allah tetapi mereka juga akan dihormati oleh manusia kerana ketinggian akhlak dan keperibadian mulia. Firman Allah swt :
“Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutup auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan, dan takwa ialah sebaik-baik pakaian untukmu”
(Al-Araf : 27)
Implikasi Orang Bertakwa


Allah swt telah menjanjikan beberapa ganjaran bagi orang yang bertakwa sama ada berupa ganjaran di dunia mahupun ganjaran yang bakal mereka terima di akhirat kelak. Antara ganjaran yang menanti orang-orang yang bertakwa ialah :
Allah Menjadikan Di antara Para WaliNya

Kedudukan orang yang bertakwa sangat mulia di sisi Allah. Allah swt tidak menjadikan rupa paras atau harta dan kedudukan sebagai kayu pengukur kepada penilaian kemuliaan seseorang manusia, sebaliknya menjadikan ketakwaaan seseorang sebagai ukuran. Walaupun pada pandangan manusia seseorang mungkin di pandang rendah kerana tidak memiliki harta, kekayaan dan pangkat tetapi jika dia bertakwa, maka dia tinggi di sisi Allah. Di kalangan orang yang bertakwa ada yang lebih tinggi darjat mereka lalu diangkat oleh Allah sebagai para waliNya. Firman Allah swt :
“Ingatlah sesungguhnya para wali Allah itu tidak ada kekhuatiran terhadap mereka dan tidak pula mereka bersedih hati.Iaitu orang yang beriman dan mereka selalu bertakwa.” (Yunus : 62-63)
Mendapat Hidayah Daripada Allah


Allah swt berhak memberikan hidayah kepada sesiapa sahaja yang dikehendakiNya. Bagi orang yang bertakwa, mereka seolah-olah mendapat satu jaminan daripada Allah swt bahawa mereka akan mendapat hidayah tersebut, sedangkan orang yang tidak bertakwa akan terus berada dalam kesesatan kerana tiada hidayah daripada Allah swt. FirmanNya :
“(Al-Quran) ini adalah penerangan bagi seluruh manusia, dan petunjuk serta pelajaran bagi orang-orang yang bertakwa.” (Ali Imran : 138)
Menerima Amalan Mereka Sebagai Ibadat


Firman Allah swt :

“Sesungguhnya Allah hanya menerima (korban) daripada orang-orang yang bertakwa." (Al-Maaidah : 27)

Ini bermaksud orang yang tidak bertakwa, segala amalan kebajikan yang mereka lakukan tidak dinilai dan diberikan ganjaran oleh Allah. Amalan yang dilakukan adalah sia-sia belaka. Mereka menjadi orang-orang yang rugi.
Selamat Daripada Rancangan Jahat Dan Godaan Syaitan


Orang yang tidak bertakwa mudah terpengaruh dengan pujukan dan godaan syaitan. Mereka akhirnya terpedaya dan mengikut hasutan syaitan yang menyesatkan. Firman Allah swt :
“Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa bila mereka ditimpa was-was daripada syaitan mereka ingat kepada Allah, ketika itu juga mereka melihat kesalahan-kesalahannya.” (Al-Araaf : 201)
Terlepas Daripada Belenggu Kesempitan Hidup Dan Dimurahkan Rezeki


Orang bertakwa sentiasa diberikan jalan keluar oleh Allah ketika berhadapan dengan sebarang masalah. Hati mereka sentiasa tenang kerana yakin Allah pasti akan membantu mereka. Allah juga memberi jaminan rezeki yang berterusan kepada orang-orang yang bertakwa. Firman Allah swt :
“Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar .Dan memberinya rezeki dari sumber yang tidak ia sangka.” (Al-Talaq : 2-3)
Sentiasa Mendapat Pertolongan Dan Kasih Sayang Allah


Orang-orang yang bertakwa sentiasa patuh dan taat kepada Allah. Mereka melaksanakan perintahNya dan meninggalkan segala laranganNya. Oleh itu Allah juga memberikan kasih dan cintaNya kerana mereka. Bahagialah orang-orang yang mendapat kasih dan cinta Allah kerana Allah akan sentiasa memeliharanya daripada sebarang kecelakaan sama ada di dunia mahu pun di akhirat. Firman Allah swt :
“Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang bertakwa dan orang-orang yang berbuat kebaikan.” (Al-Nahl : 128)

FirmanNya lagi :
“Sesungguhnya Allah menyintai orang-orang yang bertakwa.”
(Al-Taubah : 7)
Mendapat Balasan Syurga Daripada Allah


Syurga menjadi idaman bagi setiap manusia, lebih-lebih lagi orang-orang yang beriman. Mereka sering merindukan syurga. Mereka juga terdorong melakukan amalan soleh dengan harapan diberikan ganjaran syurga. Allah menjanjikan syurga yang penuh dengan kenikmatan yang tiada tandingannya kepada orang yang bertakwa. Firman Allah swt :

“Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa berada di dalam taman-taman syurga dan di mata-mata air.” (Al-Zariyat : 15)
Kisah Orang Bertakwa

Kisah Pertama :

Abdullah bin Dinar menceritakan: “Suatu hari aku pergi ke Mekah dengan Umar al-Khattab. Dalam perjalanan kami kehabisan bekalan makanan, lalu bertemu dengan seorang pemuda pengembala kambing. Umar meminta kepada pemuda itu agar dijualkan seorang kambing kepada kami. Pemuda itu memberitahu dia hanyalah seorang hamba yang ditugaskan memelihara kambing tersebut, tidak berhak untuk menjualnya.

Umar mengujinya dengan berkata: “Kamu beritahulah kambing kamu telah dibaham serigala.” Jawab pemuda itu: “Allah melihat perbuatan saya.” Umar menangis mendengar jawapan pemuda pengembala kambing tersebut yang takut kepada Allah. Dia tidak sanggup melanggar larangan Allah dengan menjual kambing yang bukan miliknya, walaupun ditawarkan dengan ganjaran dunia di saat dia sangat memerlukannya. Akhirnya pemuda itu dibeli lalu dibebaskan oleh Umar al-Khattab.”

Kisah Kedua :

Kisah seorang ibu dengan anak gadisnya penjual susu. Ibunya mahu mencampurkan air ke dalam susu agar mereka mendapat keuntungan yang lebih. Si ibu menyebut bahawa tiada siapa yang tahu perbuatan mereka termasuk khalifah Umar. Jawab si anak gadis: “Walaupun Umar tidak nampak, tetapi tuhan Umar nampak perbuatan kita.” Anak gadis ini tidak mahu mengambil jalan mudah mengaut keuntungan dengan melakukan penipuan. Walaupun tiada siapa yang melihat perbuatannya, tetapi keyakinan kepada Allah telah mencegahnya daripada perbuatan dosa.

Kedua-dua kisah di zaman Saidina Umar ini memberikan gambaran pemuda dan pemudi yang beriman dan bertakwa yang telah berjaya dilahirkan pada zaman baginda. Mereka memiliki peribadi, akhlak dan keimanan yang tinggi. Bagaimana pula dengan generasi muda-mudi di zaman kita sekarang?
Jalan-jalan Menuju Takwa

Setelah mengetahui hakikat dan kepentingan takwa, kita perlu mengetahui jalan-jalan yang boleh membawa kita menjadi orang-orang yang bertakwa. Kita juga mahu mencontohi dan menjadi golongan beriman sebagaimana golongan yang terdahulu. Berikut adalah beberapa perkara yang harus dilakukan untuk mencapai darjat takwa :
Membaca Al-Quran Dan Menghayatinya

Hati yang bersih dapat menerima peringatan daripada al-Quran. Orang yang mendapat penyakit hati seperti tiada ketenangan jiwa dan resah gelisah, hati mereka akan sembuh apabila membaca al-Quran. Firman Allah swt :
“Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayatNya kepada manusia supaya mereka bertakwa.” (Al-Baqarah : 187)

Firman-Nya lagi :
“Hai manusia, sesungguhnya telah datang kepadamu pelajaran daripada Tuhanmu dan penyembuh bagi penyakit (yang berada) dalam dada dan petunjuk serta rahmat bagi orang-orang yang beriman.
(Yunus : 57)

Bagi orang kafir dan munafik, mereka tidak mendapat manfaat daripada Al-Quran. Sebahagian ulama tasawwuf menyebutkan bahawa Al-Quran ialah jalan yang paling sempurna untuk mendapat keredhaan Allah. Tempoh paling singkat untuk mengkhatamkan Al-Quran ialah tiga hari (sehari sepuluh juzuk) manakala paling lama ialah sebulan (sehari satu juzuk). Para ulamak menyebutkan tidak harus seorang muslim membiarkan harinya berlalu tanpa dia membaca sebahagian daripada Al-Quran.

Membaca Al-Quran bukan sekadar untuk mendapat berkat tetapi tujuan utama ialah untuk memahami ,menghayati dan beramal dengan isi kandungannya. Di samping itu pembaca mestilah menjaga adab ketika membaca Al-Quran yang merupakan kitab suci dan hidayah bagi orang-orang beriman.
Berusaha Mencari Hidayah Allah


Hidayah adalah hak milik Allah. Manusia hanya boleh berusaha untuk mendapatkannya tetapi Allah sahaja yang berhak menentukan kepada sesiapa yang dikehendakiNya untuk diberi hidayah.Firman Allah swt :
“Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keredhaan) Kami, benar-benar akan Kami tunjukkan kepada mereka jalan Kami.” (Al-Ankabut : 69)

Antara usaha yang boleh dilakukan oleh manusia untuk mencapai hidayah Allah ialah dengan memperbanyakkan berfikir tentang ciptaan Allah serta berzikir kepadaNya. Firman Allah swt :
“Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan pertukaran malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang orang-orang yang berakal, (iaitu) orang-orang yang mengingati Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan lagit dan bumi (lalu berkata) “Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan semua ini dengan sia-sia. Maha Suci Allah, maka peliharalah kami dari siksa neraka.”
(Ali Imran : 190-191)

Di samping itu manusia hendaklah memenuhi segala tuntutan dan kewajipan sebagai seorang muslim seperti menunaikan solat, mengeluarkan zakat, menghubungkan silaturrahim, jihad pada jalan Allah dan meninggalkan yang haram .

Berpuasa

Berpuasa merupakan salah satu cara untuk mencapai darjat takwa di sisi Allah. Takwa ialah jalan menuju ke syurga, dan syurga pula dikelilingi oleh perkara yang dibenci oleh manusia, manakala hawa nafsu pula ialah jalan menuju ke neraka. Berpuasa adalah lambang penguasaan manusia terhadap hawa nafsu. Manusia berjaya hidup di atas dunia ini sekiranya nafsu mereka dapat dikuasai. Ini berdasarkan sabda Rasulullah saw yang bermaksud :
“Neraka dikelilingi oleh hawa nafsu (yang disukai manusia), dan syurga dikelilingi oleh perkara yang dibenci manusia (melakukannya).” (Muttafaqun ‘Alaih)

Antara hikmah Allah mewajibkan puasa kepada orang beriman ialah untuk melahirkan orang-orang yang bertakwa kepadaNya. Dengan melakukan ibadah puasa manusia boleh mencapai darjat ketakwaan. Firman Allah swt :
“Wahai orang-orang yang beriman diwajibkan ke atas kamu puasa sepertimana diwajibkan ke atas orang-orang sebelum kamu, agar kamu bertakwa.”
(Al-Baqarah : 183)

Ibadah puasa mempunyai kekuatan menundukkan hawa nafsu. Puasa juga mempunyai sistem pendidikan yang baik kerana dalam ibadah puasa Ramadhan disunatkan juga membaca al Quran, solat tarawih, ‘iktikaf di masjid, qiamullail dan bersedekah.Semuanya seolah-olah satu pakej yang mempunyai kelebihan tersendiri yang saling melengkapkan antara satu sama lain dalam melahirkan orang-orang yang bertakwa.
Mengenal Allah (Ma’rifatullah)


Kita diperintah supaya beribadah kepada Allah. Ibadah tidak bererti tanpa kita mengenal siapa tuhan yang kita sembah. Semua penganut agama di dunia mendakwa mereka menyembah tuhan, tetapi mereka menyembah tuhan yang palsu kerana mereka tidak kenal tuhan yang sebenar. Firman Allah swt :
“Wahai manusia, sembah tuhan yang menciptakan kamu dan orang-orang yang sebelum kamu, semoga kamu bertakwa”. (Al-Baqarah : 21)

Untuk menjadi orang bertakwa, seseorang manusia mesti mengenal zat, sifat dan nama Allah seperti yang diterangkan oleh al-Quran. Zat Allah tidak sama dengan zat makhluk begitu juga sifatNya yang tidak sama dengan sifat makhluk. Firman Allah swt :
“Tidak ada suatu pun yang serupa denganNya,dan Dialah yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat.”
(Al-Syura : 11)

Ibadah juga mestilah dilakukan sebagaimana yang ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w. kepada kita. Kita tidak boleh mereka atau mencipta menurut hawa nafsu sendiri. Semua perbuatan kita sama ada melakukan yang disuruh, meninggalkan larangan atau melakukan yang sunat pula mestilah disertai dengan niat beramal soleh. Jika tidak, amalan kita hanya menjadi adat kebiasaan.

Demikianlah sebahagian kaedah sebagai panduan bagi seseorang untuk mencapai darjat takwa. Jika kita berusaha memenuhi segala tuntutan tersebut, tidak mustahil kita juga dapat memperolehinya. Bahagialah orang yang berjaya mencapai ketakwaan kerana mereka akan beroleh kebaikan di dunia dan di akhirat.


________________________________________
Setiap orang yang beriman hendaklah berusaha mencapai darjat takwa iaitu dengan cara memastikan setiap perbuatan dan perkataan yang mereka lakukan bertujuan mendapat keredhaan Allah. Orang yang diredhai Allah akan mendapat kasih sayang daripadaNya.
COPY FROM : BLOG USTAZ NOR AMIN
( Wan Alia )
 

ANAK AMANAH ALLAH



Anak adalah amanah Allah yang sangat besar dan berat untuk dipikul oleh kedua ibu bapa. Bukan mudah untuk memastikan anak-anak kita menjadi insan yang berguna dalam zaman serba moden, serba kecanggihan teknologi ini. Banyak rintangan yang perlu dihadapi untuk memastikan anak kita menjadi insan yang bertaqwa. Ramai ibu bapa di luar sana yang gagal mendidik anak mereka menjadi manusia yang mempunyai akhlak yang baik. Contoh yang dapat kita lihat, ibu bertudung dan menutup aurat, tetapi anaknya membuka aurat dengan memperagakan pakaian yang ketat sehingga menampakkan bentuk tubuh mereka. Si ayah pula berkopiah dan sentiasa menunaikan solat di masjid, tetapi anaknya memakai seluar pendek dan tidak pernah sama sekali melakukan solat. Semua perbuatan yang menyalahi prinsip Islam ini tidak pernah ditegur oleh kedua ibu bapa mereka. Malah ibu bapa mereka memberi alasan bahawa anak mereka sudah besar, bukan masanya untuk menegur dan mereka sendiri sudah tahu yang mana baik dan yang mana buruk.

Ibu bapa seperti inilah yang lemah dan tidak mampu untuk melaksanakan segala amanah yang diberikan oleh Allah kepada mereka. Segala kesalahan mereka terhadap anak mereka akan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak nanti. Hal ini bertepatan dengan sebuah hadis Rasulullah saw yang bermaksud :
“Sesungguhnya Allah akan bertanya kepada setiap penanggungjawab akan tanggungjawabnya, apakah mereka telah memeliharanya atau mensia-siakannya.” (Riwayat Ibnu Hibban)

Sering kita dengari di dalam media masa yang menceritakan tentang berlakunya kes-kes penderaan kepada anak-anak yang sangat membarah di dalam masyarakat negara ini. Hari demi hari ada sahaja berita yang melibatkan penderaan dan pembuangan bayi. Mana perginya sifat keperimanusiaan dan sifat belas kasihan. Sangat menyayat hati tragedi yang menimpa arwah adik Syafiah Humairah Sahari, didera oleh teman lelaki ibunya sehingga mati.

Begitu juga kes kehilangan arwah adik Nurin Jazlin Jazimin yang hilang ketika keluar seorang diri ke pasar malam berhampiran rumahnya di Seksyen 1, Wangsa Maju. Kemudian mayatnya ditemui dalam sebuah beg pakaian sukan pada 17 September 2007 iaitu 27 hari selepas kehilangannya. Sehingga hari ini, penjenayah yang bertanggungjawab masih belum berjaya dikesan.

Beginilah apabila manusia tidak lagi memiliki iman dan tidak takut lagi dengan kekuasaan Allah, mereka akan lakukan apa sahaja mengikut nafsu amarah mereka tanpa mengira dosa dan pahala. Perbuatan seperti ini juga boleh dikatakan seperti perangai binatang yang hanya mementingkan dirinya sendiri.

Untuk melaksanakan amanah ini seperti mana yang dipertanggungjawabkan oleh Allah swt, maka ibu bapa perlulah bersedia dari segi jasmani dan rohani seperti melengkapkan diri masing-masing dengan pengetahuan agama yang baik dan mengamalkan cara hidup Islam di dalam keluarga. Dari segala pengetahuan penghayatan agama yang ada di dalam diri kedua ibu bapa, maka curahkanlah segalanya kepada anak-anak supaya mereka dapat menjauhkan diri mereka dari segala anasir-anasir jahat yang sentiasa berusaha untuk merosakkan akidah dan iman mereka. Cara ini mampu melahirkan jenerasi Rabbaniah yang mempunyai jati diri yang kuat dan tidak tergugat apabila ia memasuki mana-mana kelompok masyarakat.

Alangkah baiknya kalau anak tersebut menjadi manusia yang berguna dan taat kepada Allah, dia akan menjadi harta yang sangat tidak ternilai berbandingkan dengan harta dunia yang lain, kerana anak yang soleh akan membantu ibu bapanya untuk masuk ke syurga Allah.

Al-Afnaf Bin Qias menjawab apabila Khalifah Muawiyah bertanya kepadanya tentang anak :
“Wahai Amirul Mukminin! Adapun anak itu ialah buah hati kita, tulang belakang kita. Kita ini adalah bumi yang lebar tampanya berpijak, langit tempat mereka berlindung teduh dan bernaung dari kerananyalah berani kita menempuh kesukaran bagaimana sulit. Dari itu bila mereka meminta, berikan, bila mereka kecewa, senangkan hatinya agar di balasinya dengan cinta pula dan hargainya kepayahan kita.”

___________________________________________

COPY FROM : BLOG USTAZ NOR AMIN
( Wan Alia)

 

PINTU - PINTU YANG DIMASUKI SYAITAN DALAM TUBUH MANUSIA



Dalam sebuah kitab yang ditulis oleh seorang ulama Syeikh Fathi Yakan menulis kitabnya yang terkenal iaitu Maza yakni intima’I lil Islam. Menyatakan bahawa pintu-pintu yang dimasuki syaitan dalam tubuh manusia ialah :
  1. Tamak dan jahat sangka, lantas aku menghadapinya dengan sifat menaruh kepercayaan dan berpada dengan yang ada sesudah berusaha dan berikhtiar.
  2. Cintakan hidup dan panjang angan-angan, lalu aku menghadapinya dengan rasa takut dengan kedatangan mati yang tiba-tiba.
  3. Cintakan kerehatan dan nikmat, lalu aku menghadapinya dengan meyakini bahawa nikmat itu akan hilang dan meyakini balasan buruk.
  4. Kagum pada diri sendiri (ujub), lalu aku menghadapi dengan mensyukuri nikmat pemberian Allah dan takutkan balasan seksaan.
  5. Pandang rendah terhadap orang lain dan tidak menghormati mereka, lalu aku menghadapinya dengan cara mengetahui hak dan kehormatan mereka.
  6. Hasad dengki, lalu aku menghadapinya dengan sifat qanaah (iaitu berpuas hati dengan apa yang ada setelah berusaha dan berikhtiar) dan reda terhadap pemberian Allah kepada makhluknya.
  7. Riak dan sukakan pujian manusia, lalu aku menghadapinya dengan sifat ikhlas.
  8. Kedekut atau bakhil, lalu aku menghadapinya dengan meyakini bahawa apa yang di tangan makhluk itu akan binasa sedangkan apa yang ada di sisi Allah akan kekal.
  9. Takbur atau sombong, lalu aku menghadapinya dengan sifat tawaduk.
  10. Tamak, lalu aku menghadapinya dengan yakin terhadap balasan Allah dan tidak mengharapkan sesuatu yang ada pada manusia.
_________________________________________________________

COPY FROM: BLOG USTAZ NOR AMIN
( Wan Alia )

SABAR MENGHADAPI ANAK YANG DIKURNIAKAN ALLAH



Apabila Allah telah anugerahkan anak kepada pasangan suami isteri, secara pastinya mereka akan menyayangi anak mereka dengan penuh kasih sayang, memberi sepenuh perhatian kepada anak mereka dan mengorbankan segala apa yang ada untuk menjamin kebahgiaan anak mereka di masa akan datang. Walaupun dalam keletihan dan baru pulang dari kerja, mereka sanggup lagi melayan karenah anak mereka dengan penuh senyuman dan kerinduan. Mereka sanggup meluangkan masa membawa anak-anak mereka keluar bersiar-siar dan bermain-main di tempat permainan, demi memenuhi tuntutan anak atau tanggungjawab sebagai ibu bapa.

Ketika anak mereka sakit, mereka sanggup meredah kesunyian dan kegelapan pada waktu malamnya dan sanggup mengambil cuti pada siangnya untuk memastikan sakit anak mereka dirawat di klinik, hospital atau di rumah. Yang penting bagi mereka, anak mereka selamat dan sihat seperti anak-anak atau kanak-kanak yang lain. Jiwa mereka menjadi tidak tenteram dan risau dengan keadaan anak mereka yang sakit. Selain dari ubat yang diambil daripada klinik atau hospital, mereka juga merawat anak mereka dengan kaedah perawatan tradisional yang telah diajar oleh ibu bapa mereka pada masa dahulu.

Segala pengorbanan yang diberikan kepada anak semasa dia kecil hingga dewasa tidak akan merugikan ibu bapa, malah mereka dijanjikan dengan balasan yang baik dari Allah jika mereka mengharunginya dengan perasaan redho dan sabar. Mereka juga sedar jika Allah tidak menganugerahkan kepada mereka anak, nescaya kehidupan mereka akan menghadapi kekurangan dan tidak memiliki keturunan.

Pasangan suami isteri yang tidak mempunyai anak, mereka sanggup berusaha melakukan berbagai perubatan sama ada moden ataupun tradisional bagi menangani masalah mereka. Selain dari itu, mereka berdoa kepada Allah semoga mereka diberikan cahaya mata sebagai penyambung jenerasi keturunan mereka. Ada diantara mereka redho dengan ketentuan dan ketetapan Allah kepada mereka yang tidak mempunyai zuriat, mereka mengambil anak angkat untuk memeriahkan rumahtangga mereka.

Ada di antara mereka menanti bertahun-tahun lamanya, baru Allah menganugerahkan cahaya mata kepada mereka. Mereka sambut dengan penuh rasa kesyukuran dan kebanggaan. Setelah sekian lama mereka menanti akhirnya dikurniakan juga anak kepada mereka sebagai penyeri rumahtangga mereka.

Sebagai hamba Allah yang bertaqwa, kita hendaklah menerima anugerah Allah ini dengan penuh kesyukuran, kerana cahaya mata itu adalah perhiasan dan penyeri rumahtangga kita. Firman Allah :
____________________________________________
 
COPY FROM: BLOG USTAZ NOR AMIN
( Wan Alia )
“Harta benda dan anak pinak itu, ialah perhiasan hidup di dunia; dan amal-amal soleh yang kekal faedahnya itu lebih baik pada sisi Tuhanmu sebagai pahala balasan, dan lebih baik sebagai asas Yang memberi harapan.” (Al-Kahfi : 46)

Memang ada orang yang mengeluh mempunyai anak, kerana banyak wang yang diperlukan untuk memelihara anaknya. Ada juga orang yang tidak mahu mempunyai anak dan sanggup mengambil ubat-ubat pencegah kehamilan dengan alasan masih belum bersedia untuk memperolehi anak, menjaga badan, terlalu muda, belum mampu dan sebagainya. Mereka lupa sesungguhnya anak bukan membebankan tetapi ia adalah pembawa rezeki kepada keluarga tersebut. Setiap anak telah ditetapkan rezekinya semasa dalam kandungan lagi. Perkara ini telah dibuktikan di dalam firman Allah :

“Sesungguhnya Allah Dialah sahaja yang memberi rezeki (kepada sekalian makhlukNya, dan Dialah sahaja) yang mempunyai kekuasaan yang tidak terhingga, lagi yang Maha kuat kukuh kekuasaanNya.” (Az-Zaariyat : 58)

Alangkah baiknya ibu bapa yang mempunyai anak, melaksanakan tugasnya dengan penuh keikhlasan dan kesabaran untuk mendidik anak mereka sepertimana yang dikehendaki oleh Islam. Ujian yang sangat besar kepada kedua ibu bapa yang mempunyai anak, kadang-kadang waktu tidur malam dikejutkan dengan tangisan anak kerana kelaparan untuk minum susu ataupun berak. Ibunya bangun dengan hati yang ikhlas dan sabar untuk membuat susu kepada anaknya atau membasuh berak anaknya. Pada waktu siang pula, anaknya merap dan mahu sentiasa didukung sehingga membantutkan pekerjaan ibu untuk mengemas rumah dan memasak. Apabila anak sudah boleh merangkak dan berjalan, habis semua pelusuk dan penjuru rumah si anak terokai, habis semua baju dan barang-barang dipunggah oleh anak, tetapi si ibu melayan karenah anak dengan sabar dan mengemas kembali barang yang diselerakkan oleh anak. Bertambah baik lagi apabila si ayah turut membantu ibu dalam menjaga anak mereka, jika si ibu memasak, solat, mengemas rumah si ayah yang menjaganya. Begitu juga si ayah bagun dari tidur untuk membantu isterinya membuat susu kepada anak pada waktu malam dengan penuh kesabaran dan keikhlasan.

Tindakan saling membantu antara suami dan isteri dalam segala urusan rumahtangga, adalah tindakan yang baik dan ia merupakan sunah Rasulullah saw. Dari Aisyah ra ditanya oleh seorang lelaki yang bernama Aswad :
“Apa yang di lakukan Rasulullah saw di rumahnya? Aisyah ra menjawab : Rasulullah saw membantu isterinya dalam menyelesaikan pekerjaan rumah dan jika beliau saw mendengarkan azan beliaupun keluar (ke mesjid)”.
(Riwayat Al-Bukhari)

Ini tauladan yang sangat baik dan perlu dicontohi oleh semua umat Islam. Jangan anggap kerja rumah itu adalah kerja isteri sahaja dan suami tidak perlu membantunya. Suami perlu mempunyai sikap bertimbang rasa kepada isterinya untuk menjaga rumahtangga kerana ia adalah milik bersama.

HARAM WANITA MEMAKAI LOCENG KAKI



Setiap Muslim dan Muslimah hendaklah menjaga tata cara pergaulan dan pemakaian apabila berhubung dengan bukan mahram seperti di tempat kerja.

Paling utama dalam hal pemakaian kerana cara berpakaian dapat menarik perhatian orang lain yang bukan mahram. Memakai gelang kaki bagi wanita Islam dengan bunyi loceng itu terlalu kuat sehingga menarik perhatian rakan sekerja yang lain untuk berpaling melihat ke arahnya dikira bercanggah dengan tata cara pemakaian dan pergaulan seorang wanita Muslimah dan Mukminah.

Itu sebabnya ia dihukum haram apabila bertujuan sedemikian dan pemakaian hiasan sedemikian perlu dielakkan. Ini jelas apabila al-Quran menggariskan berkenaan tatacara bergaul dan berpakaian seorang wanita Islam iaitu :

“Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman itu supaya menyekat pandangan mereka (daripada yang diharamkan) dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka menzahirkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mentua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang lelaki yang telah tua dan tidak keinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang yang beriman, supaya kamu berjaya.” (Surah al-Nur (24): 31)

Dalam ayat ini, kita boleh simpulkan termasuk dalam ‘menghentak kaki’ ialah memakai gelang berloceng dan memakai kasut bertumit keras sehingga mengeluarkan bunyi.

Islam melarang perbuatan itu kerana ia menarik perhatian orang sehingga terserlah perhiasan diri seseorang wanita. Manakala memakai gelang kaki berloceng bagi anak-anak perempuan yang masih kecil dan bertujuan untuk pengawasan pula adalah harus.

Ia tidak termasuk dalam larangan di atas kerana tidak bertujuan menarik perhatian lelaki dan usianya masih kecil.


__________________________________________
 
COPY FROM: BLOG USTAZ NOR AMIN
( Wan Alia )

FILEM HANTU BONCENG HINA RASULULLAH S.A.W


Hari demi hari kita dihidangkan dengan cerita-cerita penghinaan umat Islam terhadap Islam itu sendiri. Beginilah manusia yang Allah anugerahkan akal fikiran dan pancaindera yang lengkap dengan tujuan untuk melaksanakan atau melakukan segala perintah yang disuruh oleh Allah. Tetapi malangnya kita guna segala pacaindera tersebut untuk menghina agama Allah swt. Inikah yang dinamakan umat Islam yang baik dan bertamadun? Kalau beginilah generasi Islam yang ada, maka alamatnya punah dan musnahlah Islam ini dengan mempunyai umat Islam berlambangkan kepada namanya sahaja.

Saya sendiri dah muak dan jijik mendengar penghinaan yang dilakukan oleh umat Islam itu sendiri. Selagimana kita tidak berpegang sepenuhnya kepada syariat Islam, maka selagi itulah akan berlaku masalah ini. Orang yang menghina Islam itu tidak rasa takut dan gentar dengan azab dan kemurkaan Allah kepadanya. Memanglah di dunia ini dia dipuji dan disajung dengan orang yang idolakannya sebagai pelakon yang hebat. Tetapi di sisi Allah dia adalah orang yang sangat hina dan jijik dan sentiasa dilaknati Allah. Jangan disebabkan mencari rezeki melalui lakonan, kita boleh menghalalkan semua benda termasuk akidah sekali. Kena ingat, akidah itu boleh rosak dengan sebab perlakuan yang tidak sengaja seperti lakonan ini. Tak pasal-pasal habis semua amalan yang dilakukan dan tinggallah dosa yang semakin banyak dan bertambah.

Sampai bila hendak biarkan diri ini hidup dalam keadaan tersebut. Hidup yang sudah tentu tidak diredhoi Allah, sudah tentu nanti apabila mati masuk neraka selama-lamanya. Jangan biarkan diri ini berada dengan golongan yang rugi. Biar rugi di dunia tetapi jangan rugi di akhirat nanti. Maka inilah yang dinamakan orang yang bertaqwa dan sentiasa berada dibawah payung Allah.

Makin lama, semakin mengarut mereka ini, berbagai kesalahan dan kebiadapan mereka lakukan. Tidak takutkah mereka kepada Allah? tidak takutkah mereka kepada azab Allah yang dahsyat? Entahlah sampai bila hendak jadi begini, apa-apa pun tepuk dada Tanya imam masing-masing, maka tahulah jawapannya apa.

Bila kita tegur orang seperti ini, mereka member berbagai komen dan jawapan dengan mengatakan bahawa ustaz tidak tahu alam industri perfileman, sepatutnya ustaz diam dari terus memberi komen. Kerja ustaz hanya mengajar di surau sahaja, mengajar hal-hal yang berkaitan ibadah, bukan ambik tau hal tepi kain orang. Banyak lagi komen yang akan dilemparkan oleh penyokong-penyokong mereka ini.

Kadang-kadang sebagai seorang ustaz atau orang yang ada sedikit pengetahuan agama, merasa kecewa dan terkilan dengan sikap masyarakat seperti ini. Kalau difikirkan terus, maka ustaz akan terus berhenti dari menyampaikan dakwah dan tidak ambik tahu langsung tentang masalah umat yang berlaku sekarang ini. Bila difikirkan tanggungjawab kepada Allah, maka saya tidak boleh berputus asa untuk menyampaikan dakwah kepada semua manusia, sebab jika dibandingkan dengan dengan dugaan yang dilalui oleh nabi-nabi terdahulu terutamanya Nabi Muhammad saw, memang sangat jauh dan dugaan yang saya dan ustaz-ustaz lain lalui itu baru sedikit sahaja. Biarlah manusia benci dengan sebab menegakkan kebenaran, tetapi di sisi Allah kita adalah orang yang dikasihi oleh Allah. Pilihlah sama ada kita mahu keuntungan dunia atau akhirat. Jawapannya terletak dalam jiwa kita, renung dan fikirkanlah..

Mari saksikan video penghinaan ini, saya dapat video ini dari sahabat FB saya. Mungkin anda semua mempunyai persoalan dan jawapan seperti saya. Yang penting jelas dalam babak ini mereka menghina Nabi Muhammad saw dengan mengatakan bahawa “aku bersaksi Nabi Muhammad itu adalah Syaitan”. Mereka ini boleh dikategorikan sebagai orang yang telah rosa akidah dan imannya, dan mereka ini perlu bertaubat dan perlu mengucap kembali, sebab mereka ini telah terkeluar dari Islam dengan sebab penghinaan tersebut, memang ini adalah lakonan, tetapi dalam soal agama dan akidah tiada lakonan. Sepatutnya mereka boleh memotong babak ini dan digantikan dengan skrip yang lain. Dalam soal akidah kita kena hati-hati dan tidak boleh ambil ringan. Jadi bertaubatlah sebelum terlambat...




______________________________________________

COPY FROM: BLOG USTAZ NOR AMIN
( Wan Alia)

Adakah kerana harga yang tinggi menjadi punca album tulen tidak dibeli oleh penggemar muzik? Berikan pendapat anda.

Muzik boleh mendatangkan pelbagai kesan baik kepada sesetengah penggemar hiburan. Muzik juga merupakan suatu bentuk hiburan yang boleh menghilangkan tekanan bagi sesetengah orang. Muzik yang berunsur pop dan rock, irama asli ataupun jazz adakalanya boleh melepaskan tekanan seseorang itu dengan cara mendengar atau menyanyikan lagu tersebut. Kestabilan dan ketenangan emosi serta mental juga boleh dirasai oleh seseorang apabila mendengar muzik yang berirama lembut dengan alunan yang mendayu-dayu lagi menghanyutkan perasaan pendengarnya.

Dalam arus kemodenan yang sedang pesat membangun, penghibur serta penyanyi dalam industri muzik di Malaysia kini tumbuh bagai cendawan selepas hujan. Pelbagai jenis lagu diperdengarkan kepada kita saban hari di stesen-stesen radio tempatan. Penenerbitan serta penghasilan album bagi setiap artis dan penghibur juga tidak kurang diuar-uarkan dan diketengahkan.


Namun begitu, terdapat sebilangan album tulen yang lagu-lagunya dinyanyikan oleh sesetengah artis popular, tidak berjaya melepasi sasaran keuntungan bagi sesebuah syarikat industri muzik. Persoalannya, adakah perkara ini berlaku disebabkan oleh harga yang tinggi, seterusnya menyebabkan sesebuah album tulen itu tidak dibeli oleh sesetengah penggemar muzik?
Pada pendapat saya, hal ini berlaku bukanlah disebabkan oleh harga yang tinggi tetapi sebenarnya, perkara ini berlaku disebabkan pada zaman teknologi kini pelbagai kemudahan yang boleh dicapai melalui teknologi Internet. Contohnya seperti muat turun lagu dari Internet, muat turun video dari Internet, muat turun lirik lagu dari Internet dan sebagainya. Kaedah muat turun lagu secara percuma juga kini semakin berleluasa. Apabila hal ini berlaku, lagu-lagu yang popular dan digemari ramai boleh didapati secara mudah tanpa perlu mengeluarkan sebarang kos sebagaimana membeli sesebuah album tulen berkenaan. 


Maka, jualan album tulen semakin merosot dari semasa ke semasa. Hal ini mendatangkan kerugian yang besar kepada pihak penerbit dan penggubah lagu serta penyanyi. Perkara ini membuktikan bahawa sesetengah album tulen tidak dibeli oleh penggemar muzik kerana kaedah muat turun lagu dan video secara percuma dari Internet semakin berleluasa, sekali gus menyekat periuk nasi pihak penerbit, penggubah lagu serta penyanyi.


Permasalahan ini ditambah lagi apabila wujudnya kegiatan cetak rompak di negara kita, Malaysia. Menurut laporan yang telah disediakan oleh pihak berwajib, kegiatan cetak rompak kini semakin menjadi-jadi. Mereka bukan sahaja melakukan cetak rompak filem dari panggung wayang, malah adakalanya mereka sengaja menjalankan cetak rompak album-album tulen oleh artis-artis tempatan di negara kita.


Kegiatan haram ini sudah pastinya mendatangkan impak negatif kepada industri muzik tanah air kita sekali gus merugikan pihak-pihak penerbit dari industri muzik mahupun industri perfileman. Hal ini perlu dibanteras oleh pihak berwajib bagi menjaga kepentingan semua pihak termasuklah demi menjaga nama baik Malaysia dalam industri muzik dan perfileman. Tanpa usaha yang drastik dan menyeluruh, sudah pasti masalah ini akan menjadi “barah”, seterusnya memudaratkan semua pihak. 


Kesannya, industri muzik dan filem tidak berkembang sebagaimana yang sewajarnya. Adakalanya, sesetengah lagu itu popular dan bermain di bibir audiens tetapi penyanyinya ataupun pihak yang terlibat tidak memperoleh pulangan yang membanggakan. Soal harga yang tinggi tidak perlu dipertikaikan tetapi kerenah “lanun cetak rompak” merupakan salah satu sebab utama menjadikan sesuatu album itu dikatakan tidak laku.


Konklusinya, harga yang tinggi bukan merupakan punca sesebuah album tulen tidak dibeli oleh penggemar muzik. Sebaliknya, sesebuah album tulen itu tidak laku dijual oleh sebab arus kemodenan yang telah mempengaruhi perkara ini untuk terjadi. Tegasnya, pihak berwajib harus mengambil langkah drastik bagi menjaga kepentingan semua pihak.



diambil daripada : http://cikgu-rozali.blogspot.com/

(UMI SYUHADA)

SYARAHAN - ‘Membaca Amalan Mulia’

Kelas anda telah memilih anda untuk menyertai pertandingan syarahan yang bertajuk ‘Membaca Amalan Mulia’. Sediakan teks syarahan anda itu selengkapnya. 


Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, barisan hakim yang arif lagi bijaksana, Yang Berusaha Tuan Pengetua, guru-guru dan rakan-rakan seperjuangan sekalian. Berdirinya saya di sini, pada pagi yang mulia ini adalah untuk menyampaikan sebuah syarahan yang bertajuk “membaca amalan mulia." 
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Para hadirin yang dihormati sekalian..

Tajuk syarahan saya pada kali ini ialah ‘ membaca amalan mulia’. Membaca adalah satu yang amat penting di dalam kehidupan kita. Membaca boleh memberi manfaat kepada semua manusia di atas muka bumi ini. Melalui pembacaan, kita dapat mengetahui pelbagai perkara yang bermanfaat. Contohnya melalui surat khabar. Akhbar merupakan sumber maklumat dan menyiarkan pelbagai peristiwa yang berlaku di dalam Negara dan di luar Negara.
Dengan ini kita dapat mengetahui isu-isu yang serdang berlaku.

Saudara dan saudari sekalian,

Selain mendapatkan maklumat, membaca juga boleh mengisi masa lapang kita daripada kita melakukan perkara yang tidak berfaedah sudah tentu masa kita tidak akan terbuang begitu sahaja. kita boleh mengelakkan diri daripada melakukan perkara yang tidak berfaedah seperti bermain-main dan merayau-rayau di kedai-kedai dan sebagainya. Membaca juga dapat membentuk keperibadian seseorang sekiranya kita membaca buku-buku yang baik.

Di samping itu, membaca boleh membaiki penguasaan bahasa kita. Melaluinya kita boleh menambah perbendaharaan kata. Hal ini dapat membantu pelajar berjaya di dalam peperiksaan yang besar seperti UPSR, PMR, SPM dan lain-lain. Dengan itu, dapat membawa kebahagiaan kepada ibu bapa kita. Itulah manfaat yang dapat diperolehi melalui membaca.

Akhir sekali, budaya membaca dapat membendung seseorang daripada terjebak dalam gejala sosial yang makin teruk di dalam masyarakat kita. Ini kerana terdapat banyak kesan negatif dalam gejala sosial yang banyak dinyatakan dalam buku-buku yang terdapat di Malaysia.

Saya sudahi syarahan saya setakat ini sahaja. Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Sekian terima kasih.

diambil daripada : http://cikgu-rozali.blogspot.com/

(UMI SYUHADA)

Ibu bapa patut bertanggungjawab ke atas salah laku anak mereka

Ibu bapa patut bertanggungjawab ke atas salah laku anak mereka. Berikan pendapat anda.


Kerosakan moral bermaksud keruntuhan akhlak dan nilai-nilai murni dalam diri seseorang. Kerosakan moral selalunya lebih difokuskan terhadap golongan remaja. lni dapat dilihat pada muda-mudi kini yang terlibat dalam kejadian yang tidak baik di mana mereka tanpa segan silu mengamalkan gaya hidup yang bebas seperti berpeleseran, terlibat dengan jenayah. penagihan dadah, budaya lepak, bohsia, dan bermacam-macam lagi masalah sosial. Keadaan ini sangat membimbangkan kerana muda-mudi merupakan aset yang paling penting dalam sesebuah negara. Sekiranya mereka terus dibiarkan hanyut dalam mengamalkan gaya hidup begini sudah pasti negara akan mengalami kerugian yang bukan sedikit.

Keruntuhan moral dalam kalangan remaja berlaku disebabkan kecuaian para ibu bapa dalam mendidik anak-anak mereka. Ibu bapa zaman sekarang lebih memfokuskan kepada mencari mengumpul harta kekayaan daripada menumpukan perhatian kepada anak-anak. Didikan agama semakin diabaikan sebaliknya para ibu bapa lebih berbangga sekiranya anak-anak mereka mahir dalam bidang muzik ataupun mendapat keputusan yang cemerlang di dalam peperiksaan. Kurangnya pendidikan agama yang menjadi benteng daripada melakukan kegiatan yang tidak bermoral membuatkan anak-anak zaman sekarang lebih mudah dipengaruhi oleh budaya hidup tidak baik. Mereka senang dipengaruhi untuk melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan norma-norma masyarakat dan agama.


Selain itu, pihak media massa juga terlibat dalam gejala keruntuhan moral di kala muda-mudi. Pihak media massa patut dipersalahkan kerana banyak memberi publisiti kepada golongan artis. Ramai dalam kalangan artis ini yang tidak sesuai dijadikan model kerana peribadi mereka kurang elok. Lantaran remaja adalah golongan yang mudah terpengaruh lebih-Iebih lagi kerana beranggapan bahawa apa yang dilakukan oleh artis pujaan mereka adalah betul, mereka mengikut perilaku artis-artis idola mereka yang tidak bermoral itu.

Oleh sebab keruntuhan moral dalam kalangan para remaja berada pada tahap yang membimbangkan, eloklah pihak-pihak yang berkenaan membuka mata bagi merangka satu medium yang sesuai untuk para remaja meluahkan idea mereka. Ibu bapa seharusnya lebih prihatin dengan kehendak dan keinginan anak-anak mereka.


Begitu juga dengan anggota masyarakat, seharusnya mereka tidak menutup mata apabila melihat adanya perlakuan sumbang yang dilakukan oleh para remaja. Pihak kerajaan pula hendaklah melakukan sesuatu agar generasi harapan negara ini tidak terus hanyut dan tenggelam dalam keseronokan menjalani aktiviti tidak bermoral mereka. Semua pihak harus tampil bekerjasama agar aset penting negara ini tidak dilekakan dengan aktiviti yang akan merugikan diri dan menggelapkan masa depan mereka.



diambil daripada : http://cikgu-rozali.blogspot.com/

(UMI SYUHADA)

Kelebihan tabiat suka membaca

Membaca membawa banyak faedah kepada kita. Tulis sebuah karangan tentang kelebihan tabiat suka membaca. 


Dewasa ini minat membaca di kalangan rakyat Malaysia semakin berkurang oleh sebab arus pemodenan Negara. Pelbagai faedah yang kita peroleh jika kita membaca. Namun begitu, terdapat sesetengah individu yang menganggap membaca itu tidak penting. Terdapat pelbagai kelebihan tabiat suka membaca yang harus kita ketahui.

Antaranya ialah dapat meningkatkan perbendaharaan kata. Hal ini disebabkan dengan membaca, kita dapat peroleh perkataan-perkataan baru yang dapat kita gunakan semasa membuat karangan. Hal ini juga membuatkan karangan kita kelihatan lebih menarik untuk di baca.


Kelebihan yang kedua ialah dapat meningkatkan memori kita. Jika kita tidak menggunakan memori, lama-lama memori kita akan menjadi lemah. Permainan seperti teka silangkata akan mengurangkan risiko kita untuk nyanyuk di hari tua. Walaupun membaca bukan sejenis permainan, dengan membaca, kita dapat membantu meregangkan otot-otot memori dengan menggunakan cara yang sama seperti kita bermain permainan yang menggunakan memori. Ini kerana membaca memerlukan ingatan lebih lanjut tentang apa yang kita baca itu. Secara tak langsung akan meningkatkan kekuatan memori kita.


Kelebihan yang ketiga ialah melatih diri menjadi seorang yang berdisiplin. Ini kerana apabila kita selalu membaca, kita telah membuatkan masa membaca sesuatu yang kita tahu dan kita mesti lakukan pada masa-masa tertentu. Tapi ada siapa-siapa yang membuat jadual membaca dalam sehari? Sangat sedikit yang melakukannya. Itulah sebabnya apabila kita menambahkan aktiviti membaca dalam jadual seharian dan sentiasa melakukannya, kita akan meningkatkan tahap disiplin dalam diri kita. Kita juga mungkin merasa tidak selesa jika tidak membaca pada satu-satu hari, itu bermakna tahap disiplin untuk membaca dalam diri kita sangat tinggi.


Kelebihan yang terakhir ialah dapat meningkatkan kreativiti dalam kotak fikiran. Jika kita seorang yang rajin membaca tentang kepelbagaian kehidupan, ini akan memberikan kita inspirasi kepada idea-idea yang baru. Dengan penambahan maklumat-maklumat yang lebih, membaca akan membantu memajukan bahagian kreatif dalam minda kita dimana membaca dapat menyerap pembaharuan kedalam proses pemikiran. Seterusnya kita akan lebih kreatif untuk melakukan sesuatu perkara yang baru dalam hidup kita.


Konklusinya, sikap membaca perlulah diamalkan oleh segenap lapisan masyarakat. untuk mencapai taraf negara maju menjelang tahun 2020. Jika tidak, kita akan jauh ketinggalan di belakang dan tidak mampu bersaing dengan negara-negara lain. Bak kata orang bijak pandai, “membaca jambatan ilmu”. 



diambil daripada : http://cikgu-rozali.blogspot.com

(UMI SYUHADA)